Posted by: nota2u | 8 November 2008

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Bab A) – KENAIKAN PANGKAT, PEMANGKUAN & TANGGUNG KERJA

Kenaikan Pangkat

  • [Terbaru] Pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa dipertimbangkan kenaikan pangkat sebagai yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang (KUP)
    • Berkhidmat 15 dan lebih pada 1 Julai 2009 (ditolak tempoh percubaan berdenda & cuti yang boleh menjejaskan kekananan merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2009);
    • Prestasi 78% bagi gred 17 hingga 40 dan Prestasi 75% bagi gred 1 hingga 16 (walau bagaimanapun Lembaga boleh menetapkan tahap prestasi lebih tinggi jika difikirkan perlu) – sila rujuk : Surat Edaran JPA bertarikh 3 Julai 2009
    • Lulus PTK (aras III atau IV);
    • Telah isytihar harta;
    • Bebas tindakan tatatertib;
    • Lulus tapisan keutuhan SPRM
      ( Terbaru -JPA bersetuju siaran keputusan kenaikan pangkat boleh dikeluarkan sebelum keputusan SPRM diperolehi, walaubagaimana pun jika keutuhan gagal kenaikan pangkat ditarik balik dan emolumen hendaklah dikembalikan – rujuk surat edaran JPA) ;
    • Bebas dari senarai peminjam pendidikan tegar; dan
    • Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan.
  • Kenaikan Pengkat berasaskan merit/markah dengan penilaian kepada kreteria-kreteria berikut:-
    • kecekapan dan prestasi kerja;
    • kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
    • sifat-sifat peribadi terimasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan; dan
    • kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat.
  • [Terbaru] Markah keseluruhan Laporan Prestasi Tahunan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat (selain KUP 15 tahun) bagi tiga tahun terakhir berturut-turut adalah 80% dan ke atas setelah dikira mengikut wajaran markah sebagaimana Surat Edaran JPA bertarikh 3 Julai 2009.
  • Tambahan kreteria boleh dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.
  • Jika dua orang atau lebih sama merit/markah, kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan itu boleh dinilai.
  • Syarat Kenaikan Pangkat:-
    • disahkan dalam jawatan;
    • mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    • lulus PTK aras 3 atau aras 4; dan
    • diperakui oleh ketua jabatan;
  • Pegawai pinjaman atau pertukaran sementara adalah layak dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat.
  • Iklan secara pekeliling jabatan jika lembaga menghadkan kepada sesuatu perkhidmatan atau jabatan sahaja.

Tarikh Kenaikan Pangkat

  • Tarikh ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.
  • Tidak boleh lebih awal dari:-
    • kekosongan jawatan;
    • pegawai mula layak; atau
    • tarikh diluluskan memangku (memangku tujuan naik pangkat)

Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat

  • Gaji diberi hendaklah lebih tinggi dari gaji akhir diterima dalam gred terdahulu.
  • Perbezaan antara gaji akhir dalam gred terdahulu dan gaji barunya dalam gred kenaikan pangkat adalah sama atau lebih tinggi 1 pergerakan gaji biasa dalam gred terdahulu.
  • Tarikh pergerakan gaji merujuk kepada tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat.
  • Jika pergerakan gaji terdahulu sama dengan tarikh naik pangkat, beri dahulu pergerakan gaji terdahulu sebelum ditentukan gaji kenaikan pangkat.

Pemangkuan

  • [Terbaru] Penamatan Pemangkuan Kepada Pegawai Yang Memangku Melebihi Dua (2) Tahun Yang Tidak Lulus Penilaian Tahap kecekapan merujuk kepada surat JPA bilangan JPA(S)NP 134/1 Klt.18 (4) bertarikh 4 November 2008.
    • Memangku lebih 2 tahun – diberi notis lulus PTK dalam tempoh 6 bulan, jika gagal boleh ditamatkan pemangkuan.
    • Baru diarah memangku – syarat lulus PTK dalam tempoh 1 tahun, diberi 1 tahun sahaja lagi jika masih gagal.
  • Seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan suatu jawatan secara penuh masa yang lebih tinggi grednya dari gred hakikinya dalam skim perkhidmatan pegawai berkenaan.
  • Dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.
  • Elaun Memangku dikira semula setiap pergerakan gaji.
  • Tidak layak jika meninggalkan jawatan melebih 28 hari kecuali sebab-sebab dibenarkan tidak lebih 92 hari sebagaimana berikut:-
    • kursus arahan kerajaan;
    • menjalankan tugas rasmi lain arahan kerajaan; atau
    • cuti sakit yang disokong sijil sakit.
  • Tidak boleh kurang 6 bulan kecuali bagi jawatan-jawatan yang tidak boleh ditanggung kerja.
  • Kadar elaun dikira perbezaan gaji hakiki pegawai dengan gaji jawatan yang dipangku merujuk kepada syarat:
    • perbezaan itu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji secara mendatar di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji secara mendatar di atas tanggagaji jawatan yang dipangku; dan
    • sekiranya gaji hakiki seseorang pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji secara mendatar di atas tanggagaji jawatan yang dipangku.
  • Merujuk kepada PP.7/1993 – Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja.
  • Contoh Soalan:
    • En. Azman telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memangku jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N26, selepas seminggu menjalankan tugas beliau diarahkan menghadiri kursus selama 30 hari.
      • Adakah En. Azman layak dibayar elaun memangku? berikan sebabnya.
      • Nyatakan sebab-sebab yang dibenarkan beliau meninggalkan jawatan yang dipangku bagi tempoh tidak lebih 92 hari.

Menanggung Kerja

  • Seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi, atau lebih rendah tarafnya (bukan jawatan dibawah kawalannya) disamping menjalankan tugas jawatannya sendiri.
  • Menanggung kerja bagi 1 jawatan sahaja dalam satu-satu masa.
  • Layak dibayar elaun jika tidak meninggalkan tugas bagi:-
    • 28 hari berkerja berturut-turut; atau
    • 14 hari berkerja berturut-turut jika pernah menanggung jawatan yang sama.
  • Hari berturut-turut termasuk:-
    • cuti kelepasan am;
    • cuti mingguan;
    • cuti rehat sebab kecemasan; atau
    • cuti sakit terkumpul tidak lebih 5 hari.
  • Tidak layak jika meninggalkan tugas 14 hari berturut-turut termasuk kelepasan am dan cuti mingguan.
  • Layak dibayar elaun lebih masa setelah ditolak 2 jam 15 minit daripada waktu berkerja pejaabat.
  • Kadar Elaun 25% daripada gaji permulaan pada P1T1 jawatan yang ditanggung kerja.
  • Sila rujuk PP.17/2007 – Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam

Responses

  1. Adakah saya mendapat Elaun Perumahan RM 700 dan Elaun Keraian RM550 sekiranya memangku DG48

    • sampai sekarang ni pun masih tak terlaksana untuk kenaikan bagi pegawai yang bekerja lebih 15 tahun..puuuhhhh

      • En. Amat,
        Jangan bimbang, tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat 15 tahun KUP adalah pada tarikh anda layak atau memenuhi syarat. Tunggakkan akan dibayar mulai tarikh anda layak atau pada tarikh kuatkuasa pekeliling (jika layak pada atau sebelum 1/7/2009).

  2. Apakan kelayakan lain-lain elaun yang akan dapat bila memangku

  3. En. Othman layak menerima kemudahan elaun-eluan jawatan yang dipangku (DG48)

    • Cek Man, kami dah dapat dah aih. Sampai le ni tak dapat lagi ke??

  4. Saya sudah dua tahun memangku dg44 Adakah saya boleh mengambil peperiksaan PTK 3 untuk dg44?

  5. salam… sekadar bertanya..

    Antara Syarat Kenaikan Pangkat:-
    1 disahkan dalam jawatan;
    2 mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3 lulus PTK aras 3 atau aras 4; dan
    4 diperakui oleh ketua jabatan;

    Berapakah biasanya tahap prestasi yang ditetapkan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam?

    • w’salam,

      Tahap markah keseluruhan prestasi tahunan 3 tahun terakhir adalah 80%. Ini merujuk kepada surat edaran JPA bilangan (4) JPA(S)K.256/6/27 Klt.2 / s.k. 2(4) bertarikh 3 Julai 2009 . Walaubagaimanapun Lembaga Kenaikan Pangkat boleh menetapkan suatu tahap prestasi yang lebih tinggi jika difikirkan perlu.

  6. Saya pensyarah di kolej matrikulasi memangku dg48 . Gaji hakiki dg44 kurang dari gaji tangga pertama dg48. Apakah elaun memangku perbezaan kedua2 gaji ? Tapi …saya dapat elaun memangku hanya kenaikan tahunan dg48 iaitu pbezaan tangga gaji p1t1 dan p1t2. Yang mana betul? adakah selepas diperakukan after 6bulan…elaun tu dikira baru perbezaan 2gaji dg44 hakiki dan tangga 1 dg48. TQ

    • elaun memangku ialah perbezaan gaji p1t1 gred 48 tolak gaji gred 44 yang diterima. Jumlah yang tersebut adalah EM. Tetapi sekiranya gaji gred 44 lebih tinggi dari gaji gred 48, barulah EM dikira P1T2 gred 48 tolak P1T1 Gred 48. selepas diperakuke gred 48, penetapan gaji ditetapkan kepada mata gaji gred 48 yang hampir dengan gaji gred 44 yang diterima. sekiranya gaji gred48 yang hampir itu ditolak gaji gred44 yang diterima jumlahnya ialah kurang dr 1 kenaikan gaji gred 44, maka penetapan gaji ditetapkan kepada satu lagi matagaji yg hampir. .

      • TQ…dah faham. InsyaALLAH hujung tahun ni baru dapat yg betul..ada masalah teknikal. Alhamdulillah..

  7. Salam… mohon penjelasan tuan.

    Berdasarkan surat daripada Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MALAYSIA kepada Semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Semua Ketua Jabatan Persekutuan

    Rujukan JPA(S)K.256/6/27 Klt .2 s.k2 ( 4 )
    Bertarikh 3 Julai 2009

    Bertajuk : Penetapan Wajaran Markah Prestasi Bagi Urusan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Awam

    Dalam Lampiran A
    PANDUAN WAJARAN MARKAH PRESTASI BAGI URUSAN PEMANGKUAN / KENAIKAN PANGKAT

    Bil 2. Gabungan Markah LNPT dan Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK).

    Persoalan saya. Berapa peratuskah nilaian yang diterima untuk kenaikan pangkat sekiranya 80% LNPT (3 tahun terakhir) dan 20% LNPK diambil kira.

    Harap tuan dapat memberikan penjelasan sewajarnya…

    • Gabungan Markah LNPT (80%) dan Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK) (20%) akan membawa markah keseluruhan 100%. Markah LNPK menyumbang kepada markah keseluruhan sebanyak 20%.

      Walaubagaimana pun, markah keseluruhan yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat adalah tidak kurang daripada 80%.

  8. Minta sapa-sapa jelaskan perbezaan antara KUP dengan Hakiki. Teman tak tahu la.

    • KUP adalah singkatan kepada KHAS UNTUK PENYANDANG, ini bermakna jawatan itu dikhaskan kepada org itu sahaja, ia akan terbatal secara automatik jika penyandang meninggalkan jawatan seperti bersara, berhenti, melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Kekosongan ini tidak boleh diisi.

      Jawatan Hakiki adalah merujuk kepada jawatan yang mempunyai kelulusan bertaraf tetap dan boleh dibuat pengisian apabila berlaku kekosongan.

  9. Saya baru dapat DG44 Hakiki, tapi kawan saya DG44 KUP. Dia lagi lama berkhidmat dan dah lama dapat kenaikan pangkat ke DG44. Kenapa dia masih lagi KUP?

    • DG44 hakiki dan DG44 KUP tiada beza daripada status penyandang. Kedua-dua telah dinaikkan pangkat ke DG44 dan mempunyai kelayakan yang sama. Status KUP akan kekal sehingga pegawai berkenaan dinaikkan pangkat ke DG48.

  10. saya bertugas sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N22 Memangku (BTNP) mulai April 2006. Ingin tahu mengenai kelayakan cuti rehat tahunan. Adakah masih kelayakan bagi N17 atau N22.

    Adakah saya layak untuk kenaikan pangkat secara KUP (setelah berkhidmat lebih 15 tahun). Saya telah lulus PTK 1 (III) pada November 2008.
    Diharap mendapat maklumbalas secepat mungkit disebabkan saya akan bersara pada 29 Nov 2009.

    Terima kasih.

  11. Pengetua Gred DG52 menduduki rumah kerajaan Biasa kerana tiada rumah Khas Pengetua, layakkah pengetua menerima ITP (RM700.00)? Bolehkah ITP dibayar dengan menolak kadar ITP rumah biasa(RM250)?

    • Pengetua Gred DG52 adalah layak menerima ITP RM700.00 jika tiada disediakan rumah khas jawatan kecuali pengetua yang disenaraikan dalam LAMPIRAN C Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2002 – Bayaran Perumahan Khas.

      Tiada peraturan yang boleh dirujuk mengenai ITP dibayar dengan menolak kadari ITP rumah biasa.. sesiapa ada maklumat sila maklumkan.

      • TQ atas maklumat. saya masih krg jelas. Pegawai yang menduduki rumah biasa tidak dibayar ITP, kerana menduduki rumah tersebut atas pilihan sendiri. Sekolah saya tiada peruntukan RKJ kerana sekolah harian biasa. maknanya ITP RM 700.00 tidak boleh dibayar kepada pengetua sama sperti cikgu2 lain yang tinggal dirumah kerajaan. BPK juga tidak layak dibayar kpd pengetua kerana sek.tiada asrama dan rumah tersebut juga tidak didalam kaw. sekolah. Jika saya slh faham hrp dpt bantu sebab kesian pengetua saya x dpt ITP & Cola.

  12. Saya mendapat dg48 memangku dari 25 Ogos 2008. Terbaru saya juga terima dg 48 KUP kuatkuasa 1 Julai 2009. Soalannya, adakah saya perlu membuat pilihan di antara dua? Mana satu yang lebih menguntungkan saya? sekiranya saya disahkan dalam jawatan hakiki, adakah ia berkuatkuasa dari 25 Ogos 2008 atau satu tarikh terkemudian yang lain?terima kasih

  13. Sekadar bertanya. Adakah kelayakan cuti rehat bagi staf yang layak KUP akan juga bertambah sebagimana staf di gred hakiki seperti contoh

    staf gred 17 ke 22 (KUP)

    sebelum KUP layak 25 hari

    selepas KUP layak 30 hari (tambah 5 hari)

    • kup juga layak mendapat bil. cuti rehat seperti gred hakiki

      • Dimanakah perkara ini dijelaskan oleh JPA melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan / Pekeliling Perkhidmatan?

  14. saya juga ingin dapatkan maklumat sama mcm en azizan. Cikgu gred gred 41 memangku Gred 48 (guru ting.6) mulai 01.01.2008 masih blm terima tawaran hakiki. tetapi telah dpt Gred48 KUP mulai 01.08.2009. perlukah gaji terus dibayar digred 48KUP atau tunggu keputusan hakiki memangku. Dari pengalaman lepas ada juga tarikh hakiki diberi tidak sama dng tarikh mula memangku (terkemudian) TQ

  15. Bagaimana dengan seseorang pegawai yang berada di tangga gai KUP apabila bersara nanti. Adakah gaji mereka diambil kira pada gaji akhir KUP tersebut.TQ

  16. kiraan gaji n17 ke n22 gaji akhir N17 ditangga gaji Akhir P2 T24 berapakah elaun memangku dan tanggagaji baru N22

  17. cuti bagi N17 ke N22 berapakah yang layak? saya naik pangkat 1.10.2009.

  18. Gaji saya N17 adalah pada P2 T24 ia itu RM 2,272.50 jadi berapakah jumlah Elaun memangku Gred N22 dan Tanggaji baru N22 saya. Tarikh kenaikan gaji Gred N17 ialah Julai. Saya naik pangkat Gred N22 ialah pada 1.10.2009 Terima kasih.

  19. dapat tawaran kenaikan pangkat N17 ke N22
    Sudah khidmat hampir 30 tahun
    Nak Tahu Kelayakan Cuti Rehat
    Dulu N17 = 25 hari
    sekarang N22 berapa hari layak cuti rehat setahun

    Sekarang ditawar Gaji permulaan RM2,346.49 (P1T7)
    Bagaimana nak dapat kenaikan gai ketahap maksima RM2,838.04 (P1T12)
    Masih ada baki 7 tahun untuk berkhidmat

    • A’salam En. Tajuddin,
      Tahniah diucapkan kerana telah dinaikkan pangkat ke N22,
      Kelayakan cuti rehat tahunan setelah naik pangkat N22 akan berubah kepada 30 hari sekiranya anda membuat pilihan opsyen iaitu “Kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005“. Maklumat lanjut sila ke PP.14/2008 (pegawai perkhidmatan awam), jika memilih sebaliknya kelayakan cuti akan kekal 25 hari.

      Sekarang nie pergerakan gaji tahunan adalah statik atau mendatar sahaja. Anda berpeluang menikmati anjakan gaji ke P2 dengan lulus PTK aras 4.

  20. Salam.
    Saya nak tanya seorang pegawai G17 mendapat kenaikkan pangkat G22 (KUP), apabila pegawai tersebut bersara adakah bayaran pencen dibayar berdasarkan jawatan G17 atau G22.

    • W’salam,
      Pegawai G22 (KUP) akan menerima bayaran pencen dan kemudahan lain sebagaimana pegawai G22 hakiki. KUP tersebut hanya merujuk kepada status perjawatan, dimana sekiranya pegawai G22 bersara perjawatannya akan kembali kepada G17.

  21. Jawatan lama saya sebagai Pembantu Tadbir Rendah N11 dan pada 24.2.2009 saya ditawarkan jawatan PT (P/O) N17 dan telah menjalani kursus induksi pada tahun 2002. Persoalan sekarang adakah saya perlu menjalani kursus induksi bagi jawatan sekarang dan saya telah pun lulus peperiksaan untuk pengesahan.

    • PTR N11 dan PT(P/O) N17 adalah dalam kumpulan Sokongan II. Anda boleh mohon pengecualian menghadiri kursus induksi kerana modulnya sama. Boleh berhubung dengan Bhg. Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) tempat anda bertugas.

  22. Salam.
    Katakan jika seseorang pegawai G17 mendapat kenaikkan pangkat KUP ( 15 Tahun Servis ) ke G22 pada tahun 2010 nanti, adakah tarikh bayaran gaji bermula 2010 atau bermula 1.7.2009.
    Dan sekiranya kenaikkan dikira 1.7.2009 adakah pegawai tersebut layak mendapat tunggakan gaji

    • W’salam En. Mamat Amin,
      Kenaikan pangkat KUP 15 tahun berkuatkuasa dan dibayar gaji gred kenaikan pangkat adalah pada anda layak (pada tahun 2010) dan telah memenuhi syarat. Tempoh 15 tahun berkhidmat dlm gred hakiki tidak menjamin KUP 15 tahun, perlu memenuhi syarat-syarat ditetapkan sebagaimana nota di atas.

      Sekiranya anda layak mulai 1/7/2009, maka tunggukan akan dibayar mulai dari tarikh tersebut sehingga anda dibyr gaji G22. “TAHNIAH BUAT ANDA”

  23. dimana bukti bahawa bila telah sahkan selepas pemangkuan perlu bayar balik elaun pemangkuan atau selaraskan

    • Perkara ini telah dijelaskan oleh JPA melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil.9/2008 mengenai mengenai pelarasan gaji kenaikan pangkat dengan Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang memangku yang mana tarikh kenaikan pangkat pegawai adalah pada tarikh yang dikebelakangkan. Harap maklumat ini dapat membantu drnikabeed.

  24. saya dapat kenaikan pangkat memangku j22 bermula 21.7.2009.Dalam masa yang sama saya ditawarkan KUP j22. Saya telah berkhidmat selama 30 tahun. Ptk lulus 3.Saya masih dalima untuk memilih samada memangku atau kup

    • Kenaikan pangkat KUP adalah pegawai dinaikkan pangkat dan menjalankan tugas sedia ada (gred J17) manakala kenaikan pangkat biasa bertanggungjawab sebagai penyeliaan. Perlu dilihat tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat.. KUP paling awal jika layak pada 2/7/2009 dan kenaikan pangkat memangku ada kemungkinan tarikhnya akan dikebelakangkan merujuk tarikh kekosongan atau suatu tarikh yang ditetapkan oleh lembaga.

  25. salam
    mana lebih baik memangku atau kup.Nak pencen lagi 6 tahun

    • En. Luqman,
      Menjawab pertanyaan, mana lebih baik memangkku atau kup. Pilihan terbaik KUP, kerana pengiraan pencen akan mengambilkira gaji KUP manakala memangku hanya dibayar elaun dan kiraan pencen kembali ke gred hakiki. Seseorang berstatus KUP masih boleh diarah memangku jawatan yang lebih tinggi.

  26. salam
    Kelayakan cuti tahunan bagi jawatan memangku yang telah berkhimat lebih 10 tahun

    • W’salam,

      Kelayakan cuti tahunan bagi pegawai yang diarah memangku adalah merujuk kepada gred hakiki pegawai dan tempoh perkhidmatannya. Pemangkuan tidak memberi kesan kepada kelayakan cuti tahunan penyandang.

  27. Salam.
    1. Jikalau saya layak mendapat KUP-15 tahun servis pada 1.7.2009, tp tidak menerima surat tawaran lagi, adakah pada tahun 2010 ini saya layak mendapat tunggakkan cuti dan tunggakan gaji.
    2. Manakala cuti saya untuk tahun 2010, jumlahnya berapa hari? ( jawatan dahulu jumlah cuti 25 hari )

    • w’salam Azurawani,
      1. Anda layak mendapat tunggakkan gaji dan cuti mulai tarikh kuatkuasa pekeliling iaitu pada 1.7.2009.. tungguuuuuuuuuuuuu
      2. Kelayakan cuti tahunan merujuk kepada kelayakan di gred kenaikan pangkat baru (+5 hari).

  28. Salam.
    Saya memegang Diploma Kemahiran Malaysia(Tahap 4)-Bidang Pemprosesan Makanan yg dianugerahkan oleh Jab. Pembangunan Kemahiran (JPK), saya nak tanya adakah diploma saya diikhtirah oleh JPA untuk memegang jawatan taraf diploma di jabatan kerajaan. Kalau diiktirah macamana cara untuk memohonnya.
    Untuk makluman sekarang saya menjawat jawatan kum. C di jabatan kerajaan.

  29. Saya ingin menanya pendapat, saya menerima tawaran pemangkuan hakiki Dari E17 Ke E22 dan juga mendapat tawaran KUP ke E22. Yang mana satu perlu saya pilih dan apakah beza antara KUP dan Hakiki. Perkhidmatan saya masih ada 21 tahun.

    • En. Kaismail, Tahniah di atas tawaran pemangkuan E17 ke E22. Pemangkuan sebagai E22 adalah sebagai penyelia kepada beberapa org gred yg lebih rendah manakala sekiranya anda memilih KUP E22, anda masih menjalankan tugas E17 dan diletakkan dlm waran perjawatan sbg Khas Untuk Penyandang (KUP). Keutamaan kenaikan pangkat ke E26 akan diberikan kepada E22 yang hakiki.

      Saya bersetuju sekiranya anda memilih E22 KUP kerana anda akan melakukan tugas yang sama (bukan sbg penyelia) dan anda masih berpeluang ditempatkan ke E22 hakiki sekiranya ada kekosongan.

  30. siapa yang lebih senior, KUP atau Hakiki seadainya didalam satu bahagian itu terdapat 2 berjawatan hakiki dan 3 berjawatan KUP siapa yg boleh arah siapa?

    • Penyandang Hakiki adalah penyelia dan KUP berada dibawahnya dlm struktur organisasi. Senior atau junior tidak dipersoalkan lagi dalam perkhidmatan awam. Ramai junior telah memotong senior, dan perkara ini telah menjadi biasa.

  31. salam tuan,

    saya ada kemusykilan. saya baru memangku gred u52, yang mana gaji terakhir saya adalah maksimum di gred u48 iaitu P2T8.

    Dalam keadaan memangku, saya akan mendapat elaun memangku iaitu P2T1 – P1T1 = RM207.33.

    Apabila saya disahkan ke gred U52, kenaikan gaji saya ialah P1T8 (U52) – P2T8 (U48) = RM4.16 sahaja.

    Kalau betul tafsiran saya ini, ini bermaksud saya memangku gred U52 lebih baik daripada saya disahkan dalam gred tersebut.

    Apa pandangan tuan?

  32. saya telah layak untuk mendapat kup dari N17 ke N22 , masalahnya ditempat kerja saya hendak membuat temuduga bagi kenaikan tersebut. Disini saya ingin menjelaskan jika sesiapa yang telah layak mendapat kup dan apabila ditemuduga dan panel menindakkan kelayakan tersebut, bagaimana

    • Adalah menjadi hak Lembaga Kenaikan Pangkat menetapkan bentuk penilaian atau perakuan tambahan bagi menentukan layak KUP N22 walaupun telah memenuhi syarat-syarat ditetapkan. Yang bezanya kenaikan pangat secara KUP nie tak ada rayuan.

  33. Salam.
    Saya Mamat Amin b. Abd. Rahman mengucapkan terima kasih dengan respon yang diberikan oleh pihak tuan pada 14.1.2010. Ekoran dari itu saya telah menghantar surat Prk.IPM(P)2517 klt.2(86), bertarikh 25.1.2010 sebagaimana yang disyorkan. Saya berharap pihak JPA dpt. mengesahkan sijil yg. saya peolehi setaraf dengan sijil diploma akademik bagi tujuan kenaikkan pangkat ke kumpulan B. Sekian, terima kasih.

  34. Salam. saya dah terima surat KUP dan lantikkan tersebut bermula 1.7.2009. Pada jawatan lama saya kenaikkan gaji setiap Januari. Disini saya nak tanya tarikh kenaikkan gaji KUP dikira bulan Jan atau macamana

  35. Jika mendapat lantikan secara KUP adakah akan dipindahkan tempat bertugas jika tiada kekosongan jawatan di tempat asal?

    • Salam Asri,
      Kenaikan pangkat KUP adalah tidak semestinya diarah bertukar, kerana ia akan duduk diperjawatan sedia ada (gred lantikan) dan hanya gred jawatan dinaikkan secara KUP. Ini bermaksud sekiranya tuan menamatkan/meninggalkan perkhidmatan atau bertukar, gred perjawatan tersebut akan kembali ke gred lantikan.

  36. dalam satu organisasi yang ada hakiki dan kup…siapakah yg layak menjadi ketua…& bolehkah dilantik si KUP sebagai ketua dan si Hakiki menjadi pembantu…

    • Salam Induk,
      Penyandang hakiki adalah penyelia. Tidak boleh penyandang KUP menjadi penyelia kepada hakiki. Secara prinsipnya penyandang KUP adalah diletakkan sama dengan gred lantikan, yang membezakan adalah gred gaji kup untuknya dan apabila penyandang tamat perkhidmatan atau bertukar, tempat tersebut hendaklah kembali ke gred lantikan semula atau gred KUP.

  37. salam tuan/puan nota2u, saya dan 2 yg lain dh lulus ptk aras 111 n17 . bln jan 2010 t/duga n22 kami tak berjaya. kami risau waran kpkt hingga hujung thun ni je .masih kosong 5 lagi. awal jun kami d tawar memangku bukan utk kenaikan pangkat. macamana tu ye, kmi tak faham. harap dpt ulas

    • Tahniah kerana ditawarkan memangku walaupun bukan tujuan naik pangkat. Ini bermakna sekiranya kekosongan N22 akan diisi secara hakiki, anda akan kembali ke jawatan N17 jika tidak berjaya. Diharap anda telah layak utk KUP 15 tahun.

  38. Salam…
    Saya telah ditawarkan pemangkuan N22 m.d 1.7.2009. Dlm masa yang sama saya menerima KUP N22. Saya telah merujuk perkara ini ke bahagian Sumber Manusia. Saya dinasihatkan menerima dahulu KUP dan akan ‘dihakikikan’ m.d tarikh pemangkuan saya

    Semasa semua calon2 pemangkuan mengisi borang prestasi khas, saya juga turut berbuat demikian.. tetapi borang saya dikembalikan kerana saya telah KUP

    Bagaimana status saya sekarang. Sekiranya saya memang tidak ditawarkan ke jawatan hakiki
    bagaimana kenaikan pangkat seterusnya (N26)..Apakah saya boleh membuat permohonan seperti calon2 N22 (hakiki) atau terpaksa menunggu tempoh 15 tahun lagi (KUP)

    Mohon penjelasan sewajarnya..

    • Puan Roziah, berstatus KUP N22 (kenaikan pangkat KUP 15 tahun) mulai 1 Julai 2009 sekiranya telah layak pada tarikh tersebut. Puan boleh ditempatkan untuk mengisi kekosongan hakiki dari tarikh ditetapkan oleh Lembaga dan menjalankan tugas N22 hakiki (menyelia). Sekiranya puan gagal ditawarkan jawatan N22 hakiki, puan akan kekal KUP N22 tanpa menjalankan tugas2 menyelia. Kenaikan pangkat ke N26 secara realiti diberi keutamaan bagi N22 hakiki. Walaubagaimanapun puan berpeluang bersaing dengan KUP hakiki dalam proses kenaikan pangkat biasa sekiranya telah mencukupi syarat.

  39. Jika sekiranya terdapat kekosongan jawatan hakiki (contoh: U32), siapakah yg paling layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut? Adakah penjawat yang berada di gred U29 yang telah memenuhi syarat2 kenaikan atau penjawat yang telah pun berada di gred U32 secara KUP.
    Mohon penjelasan. Terimakasih.

    • Sekiranya terdapat kekosongan gred hakiki kenaikan pangkat, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menyandang gred KUP dengan persetujuan Lembaga Kenaikan Pangkat sekiranya berkelayakan. Walaubagaimana kenaikan pangkat secara biasa akan dijalankan sepertimana biasa dan mereka yang berada di gred hakiki masih berpeluang sekiranya layak.

  40. Salam . saya telah mendapat kup N22, dan untuk makluman tuan saya juga telah lulus peperiksaan KPSL N27, bleh kah seseorang kakitangan yang telah lulus kpsl dinaikan ke pangkat yang lebih tinggi secara automatik ini kerana bukan semua k/tangan kerajaan senang untuk lulus KPSL. Ada sesetengah tempat menganak tirikan kakitangan yang lulus KPSL bila ada temuduga mereka mengutamakan orang yang mempunyai kelulusan seperti diploma dan ijazah . bagaimana dengan kami yang mempunyai KPSL

  41. Assalamualaikum.Saya ingin tahu sekiranya saya ditawarkan kenaikan pangkat dari C17 ke C22 apakah ia disebut sebagai memangku atau kenaikan pangkat secara time base sbb sekiranya menanti KUP perkhidmatan saya baru memasuki tahun ke 14.Apakah ia dikira sebagai memangku @ tawaran Hakiki?Bagaimana pula dengan elaunnya samada elaun Hakiki @ memangku.Saya sudah di P2T14 dan markah perestasi saya melebihi 90% .Saya inginkan penjelasan.

    • Pn Zarina, terdapat 2 jenis kenaikan pangkat iaitu secara biasa (mengisi kekosongan perjawatan) dan secara KUP 15 tahun. Sekiranya puan belum cukup syarat untuk KUP 15 tahun, kemungkinan puan ditawarkan kenaikan pangkat secara biasa. Sesetengah Lembaga Kenaikan Pangkat akan mengesahkan kenaikan pangkat setelah diarah pemangkuan bagi tujuan kenaikan pangkat sehingga disahkan kemudiannya. Puan akan dibayar elaun memangku sekiranya diminta memangku dahulu mengikut kiraan biasa.

  42. Tuan,

    Salam. Macamana nak buat sekiranya saya terpaksa menanggung kerja j17 sedangkan penjawat tersebut masih belum ditamatkan walaupun penjawat tersebut tidak hadir genap 1 tahun.Gred saya j22

  43. Salam.
    Nk tnya adakah pekeliling dari JPA yg pengiktirafan Sijil Kemahiran M’sia utk kenaikkan gaji itu terlibat pada kakitangan kerajaan yang lantikkan lama…sbb saya memiliki SKM tahap 4 dan sudah berkhidmat selama 17 tahun. TK

  44. Salaam. Dalam suatu organisasi badan berkanun yang ada hanya satu jawatan untuk Pegawai Undang-undang iaitu L41 sahaja, bolehkah pegawai L41 tersebut dinaikkan ke L44 secara KUP selepas 5 tahun perkhidmatannya? Perlukah menunggu sehingga 10 tahun?

    • Wsalam, puan mempunyai peluang dipertimbangkan kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP) oleh lembaga kenaikan pangkat berkenaan. Walaubagaimana pun ia perlu mendapatkan kelulusan JPA bagi mewujudkan kelulusan perjawatan L44 secara KUP. Sila hubungi JPA bagi mendapatkan kreteria yang melayakkan seseorang boleh dinaikkan pangkat secara KUP antaranya tempoh perkhidmatan, jumlah jawatan sedia ada atau peluang peningkatan kerjaya di sesebuah organisasi tertutup.

  45. saya seorang peawai pendidikan gred DG34 (kup).Adakah saya akan dibayar pencen mengikut Dg34 (kup) atau Dg 32 hakiki?

    • Puan Zalifah akan dibayar pencen pada gred DG34


Leave a reply to Tajuddin Abdul Rashid Cancel reply

Categories