Posted by: nota2u | 14 November 2008

Bab C – CUTI REHAT

Cuti Rehat

  • [Terbaru] Perubahan kadar Cuti Rehat tahunan & tawaran opsyen mengenainya.
  • Cuti bergaji penuh yang boleh diambil bila-bila sahaja tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan kiraan kelayakan cuti bagi tahun tersebut.
  • Jika kelayakan cuti tahunan 30 hari, 6 bulan pertama ia layak mengambil cuti 15 hari sahaja. Jika ia bersara, berhenti atau meninggalkan perkhidmatan, maka kelayakan cuti bagi tahun itu hendaklah dikira semula dan jika telah terlebih cuti, hendaklah dikembalikan semula emolumen bagi tempoh cuti tersebut.
  • Cuti rehat bukan hak seseorang pegawai, ia perlu mendapatkan kelulusan ketua jabatan terlebih dahulu. Pegawai yang meninggalkan tugas tanpa kelulusan cuti terlebih dahulu boleh dianggap tidak hadir bertugas dan tindakan tatatertib boleh diambil.
  • Pegawai yang bercuti rehat boleh dipanggil bertugas semula atas sebab kepentingan perkhidmatan awam.
  • Kelayakan cuti merujuk kepada PP.20/2005 – Kadar Cuti Rehat Tahunan Pegawai Perkhidmatan Awam sebagaimana berikut:-
    • Pengurusan Tertinggi = 30 hari.
    • Gred 31- 54 = 30 hari
    • Gred 21 – 30 = 25 hari (kurang 10 tahun) & 30 hari (lebih 10 tahun)
    • Gred 1 – 20 = 20 hari (kurang 10 tahun) & 25 hari (lebih 10 tahun)
  • Kelayakan cuti anggota Pasukan Polis merujuk kepada PP.21/2005 – Kadar Cuti Rehat Tahunan Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagaimana berikut:-
    • Penolong Penguasa Polis & Keatas = 30 hari
    • Sub Inspektor – Ketua Inspektor = 25 hari (kurang 10 tahun) & 30 hari (lebih 10 tahun)
    • Konstabel – Sarjan Mejar = 20 hari (kurang 10 tahun) & 25 hari (lebih 10 tahun)
  • Boleh dibawa ke tahun hadapan jika tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidamtan, boleh dikumpul dalam tempoh 2 tahun ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga.
  • Boleh dikumpulkan sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) tertakluk kepada:-
    • separuh dari kelayakan cuti pada tahun tersebut dan tidak melebihi 15 hari;
    • jumlah terkumpul tidak lebih 150 hari bagi sepanjang tempoh perkhidmatan (PP.18/2008); [Terbaru]
    • pegawai yang memilih skim KWSP boleh kumpul GCR (PP.5/2004).
    • pegawai lantikan kontrak (contract of service) boleh kumpul GCR (SPP.17/2008) tertakluk:-
      • tempoh kontrak tidak kurang setahun; dan
      • dibuat tambahan kandungan perjanjian kontrak mengenai GCR bagi kontrak bermula 1/1/2009.
  • Pengumpulan luar biasa cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat boleh diluluskan oleh kuasa tertentu bagi tujuan perjalanan ke sebarang laut yang diluluskan tertakluk kepada jumlah cuti yang diperlukan untuk tujuan perjalanan tersebut. Pengumpulan ini bermula pada kelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tidak termasuk cuti yang telah luput.

Kenaikan Pangkat

  • [Terbaru] Pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa dipertimbangkan kenaikan pangkat sebagai yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang (KUP)
    • Berkhidmat 15 dan lebih pada 1 Julai 2009 (ditolak tempoh percubaan berdenda & cuti yang boleh menjejaskan kekananan merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2009);
    • Prestasi 78% bagi gred 17 hingga 40 dan Prestasi 75% bagi gred 1 hingga 16 (walau bagaimanapun Lembaga boleh menetapkan tahap prestasi lebih tinggi jika difikirkan perlu) – sila rujuk : Surat Edaran JPA bertarikh 3 Julai 2009
    • Lulus PTK (aras III atau IV);
    • Telah isytihar harta;
    • Bebas tindakan tatatertib;
    • Lulus tapisan keutuhan SPRM
      ( Terbaru -JPA bersetuju siaran keputusan kenaikan pangkat boleh dikeluarkan sebelum keputusan SPRM diperolehi, walaubagaimana pun jika keutuhan gagal kenaikan pangkat ditarik balik dan emolumen hendaklah dikembalikan – rujuk surat edaran JPA) ;
    • Bebas dari senarai peminjam pendidikan tegar; dan
    • Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan.
  • Kenaikan Pengkat berasaskan merit/markah dengan penilaian kepada kreteria-kreteria berikut:-
    • kecekapan dan prestasi kerja;
    • kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
    • sifat-sifat peribadi terimasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan; dan
    • kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat.
  • [Terbaru] Markah keseluruhan Laporan Prestasi Tahunan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat (selain KUP 15 tahun) bagi tiga tahun terakhir berturut-turut adalah 80% dan ke atas setelah dikira mengikut wajaran markah sebagaimana Surat Edaran JPA bertarikh 3 Julai 2009.
  • Tambahan kreteria boleh dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.
  • Jika dua orang atau lebih sama merit/markah, kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan itu boleh dinilai.
  • Syarat Kenaikan Pangkat:-
    • disahkan dalam jawatan;
    • mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    • lulus PTK aras 3 atau aras 4; dan
    • diperakui oleh ketua jabatan;
  • Pegawai pinjaman atau pertukaran sementara adalah layak dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat.
  • Iklan secara pekeliling jabatan jika lembaga menghadkan kepada sesuatu perkhidmatan atau jabatan sahaja.

Tarikh Kenaikan Pangkat

  • Tarikh ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.
  • Tidak boleh lebih awal dari:-
    • kekosongan jawatan;
    • pegawai mula layak; atau
    • tarikh diluluskan memangku (memangku tujuan naik pangkat)

Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat

  • Gaji diberi hendaklah lebih tinggi dari gaji akhir diterima dalam gred terdahulu.
  • Perbezaan antara gaji akhir dalam gred terdahulu dan gaji barunya dalam gred kenaikan pangkat adalah sama atau lebih tinggi 1 pergerakan gaji biasa dalam gred terdahulu.
  • Tarikh pergerakan gaji merujuk kepada tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat.
  • Jika pergerakan gaji terdahulu sama dengan tarikh naik pangkat, beri dahulu pergerakan gaji terdahulu sebelum ditentukan gaji kenaikan pangkat.

Pemangkuan

  • [Terbaru] Penamatan Pemangkuan Kepada Pegawai Yang Memangku Melebihi Dua (2) Tahun Yang Tidak Lulus Penilaian Tahap kecekapan merujuk kepada surat JPA bilangan JPA(S)NP 134/1 Klt.18 (4) bertarikh 4 November 2008.
    • Memangku lebih 2 tahun – diberi notis lulus PTK dalam tempoh 6 bulan, jika gagal boleh ditamatkan pemangkuan.
    • Baru diarah memangku – syarat lulus PTK dalam tempoh 1 tahun, diberi 1 tahun sahaja lagi jika masih gagal.
  • Seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan suatu jawatan secara penuh masa yang lebih tinggi grednya dari gred hakikinya dalam skim perkhidmatan pegawai berkenaan.
  • Dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.
  • Elaun Memangku dikira semula setiap pergerakan gaji.
  • Tidak layak jika meninggalkan jawatan melebih 28 hari kecuali sebab-sebab dibenarkan tidak lebih 92 hari sebagaimana berikut:-
    • kursus arahan kerajaan;
    • menjalankan tugas rasmi lain arahan kerajaan; atau
    • cuti sakit yang disokong sijil sakit.
  • Tidak boleh kurang 6 bulan kecuali bagi jawatan-jawatan yang tidak boleh ditanggung kerja.
  • Kadar elaun dikira perbezaan gaji hakiki pegawai dengan gaji jawatan yang dipangku merujuk kepada syarat:
    • perbezaan itu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji secara mendatar di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji secara mendatar di atas tanggagaji jawatan yang dipangku; dan
    • sekiranya gaji hakiki seseorang pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji secara mendatar di atas tanggagaji jawatan yang dipangku.
  • Merujuk kepada PP.7/1993 – Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja.
  • Contoh Soalan:
    • En. Azman telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memangku jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N26, selepas seminggu menjalankan tugas beliau diarahkan menghadiri kursus selama 30 hari.
      • Adakah En. Azman layak dibayar elaun memangku? berikan sebabnya.
      • Nyatakan sebab-sebab yang dibenarkan beliau meninggalkan jawatan yang dipangku bagi tempoh tidak lebih 92 hari.

Menanggung Kerja

  • Seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi, atau lebih rendah tarafnya (bukan jawatan dibawah kawalannya) disamping menjalankan tugas jawatannya sendiri.
  • Menanggung kerja bagi 1 jawatan sahaja dalam satu-satu masa.
  • Layak dibayar elaun jika tidak meninggalkan tugas bagi:-
    • 28 hari berkerja berturut-turut; atau
    • 14 hari berkerja berturut-turut jika pernah menanggung jawatan yang sama.
  • Hari berturut-turut termasuk:-
    • cuti kelepasan am;
    • cuti mingguan;
    • cuti rehat sebab kecemasan; atau
    • cuti sakit terkumpul tidak lebih 5 hari.
  • Tidak layak jika meninggalkan tugas 14 hari berturut-turut termasuk kelepasan am dan cuti mingguan.
  • Layak dibayar elaun lebih masa setelah ditolak 2 jam 15 minit daripada waktu berkerja pejaabat.
  • Kadar Elaun 25% daripada gaji permulaan pada P1T1 jawatan yang ditanggung kerja.
  • Sila rujuk PP.17/2007 – Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam
Posted by: nota2u | 6 November 2008

Bab B – ELAUN BERTUGAS DALAM NEGERI

Bab B merujuk kepada Pekeliing Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan pindaannya.

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA ATAU POLIS)

Bertugas Rasmi Di Dalam Negara

  • Elaun Makan
    • Seseorang yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya (25km jalanraya) bagi tempoh 24 jam atau lebih. Dikira dari waktu bertolak hingga sampai ke rumah. Kadarnya merujuk Pekeliling Perbendaharaan.
    • Tidak boleh dibayar bagi kerja luar melebihi tempoh 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
    • Tidak layak jika kemudahan makan disediakan oleh penganjur. Boleh tuntut bahagian yang tidak disediakan dari kadar elaun makan:-
      • 20% jika tiada sarapan pagi;
      • 40% jika tiada makan tengah hari; atau
      • 40% jika tiada makan malam;
    • Tidak layak jika penganjur memberi wang makan. Jika tidak cukup ikut kadar, boleh tuntut bakinya.

 

  • Elaun Harian
    • Menjalankan tugas rasmi diluar ibu pejabatnya melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam.
    • Kadarnya separuh dari kelayakan elaun makan.

 

  • Sewa Hotel
    • Tidak layak jika penginapan disediakan penganjur atau organisasi.
    • Jika perlu menginap boleh menyewa bilik hotel.
    • Tuntutan disokong dengan resit.
    • Sewa mengikut kadar ditetapkan merujuk Pekeliling Perbendaharaan.
    • Tidak boleh melebihi 3 bulan terus menerus termasuk cuti kelepasan am dan mingguan.
    • Bayaran atau cukai perkhidmatan boleh dituntut tidak dicampur maksimum kelayakannya.

 

  • Elaun Gantian Tetap
    • Menjalankan tugas rasmi melebihi 3 bulan tetapi kurang 6 bulan (termasuk cuti am dan mingguan)
    • Bermalam = 2/3(elaun makan + lojing) x jumlah hari bertugas.
    • Tidak bermalam = 2/3(elaun harian) x jumlah hari bertugas.
    • Dikira mulai hari ketibaannya. Jika kembali ke Ibu Pejabat tidak lebih tujuh hari boleh dikira sebagai menyambung tugas.
    • Layak tuntut elaun makan, harian atau lojing, jika tidak disediakan oleh kerajaan atau penganjur.

 

  • Elaun Bantuan Gaji Drebar (Pemandu)
    • Pegawai Pengurusan Tertinggi dan P&P yang mengaji pemandu adalah layak menuntut mengikut syarat berikut:-
      • Khas ‘B’ & Utama/Khas ‘C’ – RM300.00 sebulan.
      • 53 & 54 – RM250.00 sebulan
      • 45 hingga 52 – 20 sen/km tidak lebih RM200.00 sebulan.
      • 41 hingga 44 – 15 sen/km tidak lebih RM160.00 sebulan.
    • Tuntutan dibuat sekali untuk sebulan dan disokong pengesahan pegawai mengenai mengajikan dreber (pemandu).

 

  • Elaun Hidup Dreber (Pemandu)
    • Pegawai yang mengajikan seorang dreber layak menuntut Elaun Hidup Dreber.
    • Dreber sama-sama bermalam.
    • Menjalankan tugas rasmi diluar ibu pejabat.
    • Kadar bayaran :-
      • Semenanjung – RM30.00 semalam.
      • Sabah & Sarawak – RM40.00 semalam.
      • Singapura & Brunei – RM45.00 semalam.

 

  • Elaun Perjalanan Kenderaan
    • Menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas rasmi di dalam atau diluar ibu pejabat.
    • Kadar mengikut jarak dalam sebulan :-
      • Jarak (sen/km)
      • 500km A(70¢) B(60¢) C(50¢) D(45¢) E(40¢)
      • 501 – 1000km A(65¢) B(55¢) C(45¢) D(40¢) E(35¢)
      • 1001 – 1700km A(55¢) B(50¢) C(40¢) D(35¢) E(30¢)
      • 1700 seterusnya A(50¢) B(45¢) C(35¢) D(30¢) E(25¢)
    • Kadar merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/2006 – Pindaan Mengenai Elaun Perjalanan Kenderaan
    • Tidak layak menuntut walaupun menggunakan kenderaan sendiri, jika kemudahan pengangkutan disedaikan oleh jabatan atau penganjur.
    • Tidak layak menuntut bagi tempat bertugas yang ada kemudahan kapal terbang atau kereta api kecuali:-
      • jarak antara kedua-dua tempat kurang 240km;
      • diarah tugas dibeberapa tempat sepanjang perjalanan;
      • didapati mustahak menggunakan kenderaan sendiri; dan
      • membawa penumpang lain yang menjalankan tugas rasmi.
    • Kelulusan/kebenaran ketua jabatan untuk menggunakan kenderaaan sendiri perlu diperolehi terlebih dahulu dan dikemukakan semasa tuntutan.
    • Elaun Motosikal diwujudkan baru merujuk kepada surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bil(3)K/BP/DS10/791/441/6(s.k. 1/2009) bertarikh 19/5/2009 dengan syarat berikut (berkuatkuasa 1 Mei 2009) :-
      a)  pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas rasmi 12 hari atau lebih dalam sebulan boleh menuntut Elaun Motosikal sebanyak RM120 sebulan atau menggunakan kadar Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut mana yang lebih tinggi; dan
      b)  pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas rasmi kurang daripada 12 hari hendaklah membuat tuntutan mengikut kadar Elaun Perjalanan Perjalanan Kenderaan yang sedang berkuatkuasa. 
       

 

  •  Tambang Gantian
    • Seorang pegawai yang menjalankan tugas bagi jarak melebihi 240km dan terdapat kemudahan pengangkutan kapal terbang atau keretapi adalah perlu menggunakan perkhidmatan tersebut. Jika tidak, beliau boleh menggunakan kenderaan sendiri dengan kebenaran ketua jabatan dan layak menuntut Tambang Gantian.
    • Layak menuntut tambang gantian jika:-
      • menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas rasmi disatu tempat sahaja; dan
      • jarakan melebihi 240km daripada ibu pejabat; dan
      • terdapat perkhidmatan terus kapal terbang atau kereta api.
    • Kadar mengikut tambang pengangkutan yang sesuai dengan kelayakan pegawai sama ada kapal terbang atau kereta api.
    • Tidak layak menuntut apa-apa tambang yang berkaitan jika menggunakan pengangkutan kapal terbang atau kereta api seperti tambang dari air port ke tempat bertugas atau sebaliknya.
    • Dinyatakan dalam tuntutan bahawa telah menggunakan kenderaan sendiri.

 

  • Elaun Perjalanan Motobot/Motorsangkut
    • Menjalankan tugas rasmi di dalam atau di luar ibu pejabatnya menggunakan motobot / motorsangkut.
    • Kadar seperti berikut:-
      • 10 kuasa kuda (kk) kebawah – 50 sen/km
      • lebih dari 10kk hingga 25kk – 75 sen/km
      • lebih 26kk – 95 sen/km
    • Tidak layak jika kemudahan motobot atau motorsangkut disediakan penganjur atau kerajaan.

 

  • Elaun Basikal
    • Dikehendaki oleh ketua jabatan menggunakan basikal sendiri bagi menjalankan tugas rasmi.
    • Kadar baru Elaun Basikal merujuk kepada surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bil(3)K/BP/DS10/791/441/6(s.k. 1/2009) bertarikh 19/5/2009.
    • Kadar seperti berikut :-
      • guna lebih 10 hari/bulan RM90.00 sebulan atau 20sen/km mengikut mana lebih tinggi; atau
      • guna basikal 10 hari atau kurang – 20 sen/km.
    • Tidak boleh tuntut, jika basikal disediakan oleh kerajaan atau penganjur.

 

  • Tambang Pengangkutan Awam
    • Syarat layak menuntut tambang pengangkutan awam:-
      • menjalankan tugas rasmi di dalam atau di luar ibu pejabatnya; dan
      • menggunakan kenderaan sendiri;
    • Kategori pengangkutan ialah Teksi, Kereta Sewa, Bas, Motobot (tidak termasuk kapal terbang)
    • Kereta api dan kapal laut merujuk kepada kelayakan berikut:-
      • Gred 27 ke atas – Kelas 1 (satu)
      • Gred 26 ke bawah – kelas 2 (dua).

 

  • Belanja Pelbagai
    • Menjalankan tugas rasmi di dalam atau di luar ibu pejabat.
    • Boleh menuntut perbelanjaan yang berkaitan tugas rasminya iaitu:-
      • telefon, telegram, pos atau fax;
      • belanja dobi bagi penginapan lebih 2 malam (tidak kurang 3 malam);
      • cukai Lapangan Terbang;
      • excess Baggage untuk barang rasmi; dan
      • bayaran letak kereta, tol atau tambang feri.
    • Tuntutan hendaklah disokong dengan resit pembayaran kecuali bayaran telefon, telegram, pos atau fax perlu perakuan pegawai menuntut dan disahkan oleh ketua jabatan.

Semoga Berjaya, Jangan Meniru

Posted by: nota2u | 5 December 2008

Bab C – CUTI SAKIT

Cuti Sakit

  • Cuti Sakit diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu apabila disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan berdaftar, Lembaga Perubatan atau Panel Doktor kerana tidak sihat untuk menjalankan tugas jawatannya.
  • Disokong dengan Sijil Sakit.
  • Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan atau perkhidmatan.
  • Tempoh pegawai perlukan cuti kerana sakit:-
    • 90 hari setahun termasuk 15 hari cuti sakit swasta dengan kelulusan Ketua Jabatan;
    • Jika 90 hari pertama masih tidak sihat, 90 hari berikut boleh diluluskan oleh Ketua Tertentu;
    • Jika masih tidak sihat selepas 180 hari cuti sakit, gunakan Cuti Rehat yang ada;
    • Jika masih tidak sihat, pegawai dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk Cuti Sakit Lanjutan.
    • Sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan, diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari yang diperakui oleh Lembaga Perubatan atau Cuti Tanpa Gaji jika tidak kemukakan Sijil Sakit.
    • Elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu boleh diberi kepada pegawai Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari.
    • Jika masih tidak sihat, Lembaga Perubatan boleh syorkan sambungan masa berehat atau perakuan pegawai disarakan.
  • Pegawai mengambil Cuti Sakit 45 hari atau lebih bagi tiga tahun berturut-turut boleh dirujuk kepada Lembaga Perubatan.
  • Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Rehat:-
    • Dalam negara – akan ditolak tempoh Cuti Rehat untuk diganti selepas ia sihat atau dikembalikan sebagai baki Cuti Rehat.
    • Luar negara – tidak layak mendapat Cuti Sakit kecuali bagi tempoh sakit berlanjutan hingga ia patut balik ke Malaysia.
  • Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Separuh Gaji (CSG) atau Cuti Tanpa Gaji (CTG):
    • Dalam negara – tidak layak Cuti Sakit.
    • Luar negara – layak Cuti Sakit selepas tamat tempoh CSG atau CTG jika berlanjutan hingga ia patut balik.

Peraturan Sijil Sakit Swasta

Cuti Sakit Lanjutan

  • Lembaga perubatan boleh mencadangkan Cuti Sakit Lanjutan kepada pegawai yang telah menghabis Cuti Sakit bergaji penuh 180 hari.
  • Tidak lebih 180 hari.
  • Terlebih dahulu menggunakan baki Cuti Rehat yang ada.
  • Dibayar separuh gaji bagi tempoh 90 hari dengan kelulusan Kuasa Tertentu atau Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji jika tiada Sijil Sakit
  • Pegawai dirujuk sekali lagi diakhir tempoh Cuti Sakit Lanjutan untuk syor dibersarakan atau sambungan masa berehat.
  • Boleh diulangi tahun berikutnya dan dibersarakan jika masih tidak sihat.
Posted by: nota2u | 3 December 2008

Pekeliling Perbendaharaan

Senarai Pekelilling Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan

Posted by: nota2u | 3 December 2008

Pekeliling Perkhidmatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan

2009, 2008, 2007, 2006, 2005, 2004 , 2003, 2002, 2001, 2000, 1999 dan Sebelum 1999.

Surat Pekeliling Perkhidmatan

2009, 2008, 2007, 2006, 2005, 2004 , 2003, 2002, 2001 , 2000, 1999 dan Sebelum 1999.

Surat Edaran

2009, 2008, 2007, 2006 dan 2005.

Peraturan Digunapakai

Dasar Baru

  • Kuasa menimbang pelantikan kontrak:-
    • Pesara & Bukan Pesara Warganegara (Perkhidmatan Persekutuan) :-
      • Gred 53&54 – KPPA
      • Gred 52 kebawah – Ketua Perkhidmatan/Ketua Setiasuaha yang berkenaan.
    • Pesara & Bukan Pesara Warganegara (Perkhidmatan Negeri, PBT, BBP & BBN) :-
      • Pengurusan Tertinggi – YAB. Perdana Menteri dgn perakuan KSN.
      • Gred 53&54 – KPPA
      • Gred 52 kebawah – Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan.
    • Bukan Warganegara :-
      • Pengurusan Tertinggi – KSN
      • Gred 46 hingga 54 – KSN
      • Gred 45 kebawah – KPPA
    • Pelantikan kontrak di IPTA (merujuk SPP.3/2008)
      • Pengurusan Tertinggi & kesemua gred – Pihak Berkuasa Melantik (PBM) berkenaan
  • Gaji permulaan pegawai kontrak yang dilantik ke jawatan kontrak lain yang lebih tinggi adalah berdasarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji dalam kontrak terakhirnya, terhad di Peringkat 1 (P1).
  • Perlu menjalani dan lulus tapisan keselamatan.
  • Cuti sakit 15 hari telah habis dan masih tidak sihat, ketua jabatan boleh benarkan tidak hadir tanpa emolumen tidak lebih 75 hari setahun tetapi jika masih tidak sihat, hendaklah ditamatkan perkhidmatan. Kebenaran tidak hadir bertugas ini tidak memutuskan kontrak dan perlu disokong dengan sijil sakit pengamal perubatan/pergigian berdaftar.
  • Cuti bersalin tanpa gaji kepada bukan warganegara – 60 hari terhad 5 kali dalam tempoh perkhidmatan.
  • Ketua jabatan boleh pertimbangkan pemendekan notis berhenti kerja jika dilantik ke jawatan lain atau menghadiri kursus pra perkhidmatan sektor awam.
  • Ganjaran boleh dipertimbangkan jika menamatkan perkhidmatan kerana dilantik ke jawatan lain atau menghadiri kursus pra perkhidmatan sektor awam.

2 Jenis Pelantikan Kontrak:-

  • Pelantikan kontrak perkhidmatan (Contract Of Service)
    • Merujuk kepada gred dan skim perkhidmatan.
  • Pelantikan kontrak untuk perkhidmatan (Contract For Service)
    • Merujuk kepada kontrak dengan kerajaan.

bersambung..

Posted by: nota2u | 16 November 2008

Bab C – CUTI SEPARUH GAJI

Cuti Separuh Gaji

  • Cuti yang diluluskan oleh kuasa tertentu kerana sebab kesihatan sanak saudara yang rapat (anak, adik beradik, ibu bapa dan lain-lain saudara-mara yang rapat kepada pegawai).
  • Anggota perkhidmatan pendidikan (guru) boleh mohon atas sebab:-
    • lawatan sambil belajar di seberang laut yang diluluskan oleh Ketua Setiasuaha Kementerian;
    • kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan Lembaga Perubatan; atau
    • sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru.
  • Ketua jabatan boleh meluluskan bagi tempoh tidak melebihi 14 hari dalam satu tahun kalender .
  • Dibayar separuh daripada bayaran emolumen biasa bagi hari-hari cuti tersebut.
  • Kadar kelayakan cuti:-
    • 30 hari tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari dalam setahun.
    • Cuti Tanpa Gaji kerana menjaga anak selepas cuti bersalin tidak ditolak tempoh genap tahun perkhidmatan merujuk kepada PP.15/2007 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak),
  • Layak pergerakan gaji bagi cuti tidak melebihi 180 hari dalam tahun kelender.
  • Tidak boleh digunakan atas sebab yang ada kaitan kerana bersalin.
  • Dicatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (Am 274) & Kenyataan Cuti.

Contoh Soalan

  • Siti Hajar seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) telah dilantik mulai 1.1.2006. Beliau telah dimaklumkan tentang ibunya sakit dikampung dan memerlukan ia untuk menjaga ibunya. Cuti rehat beliau telah habis dan ia berjumpa anda untuk mendapatkan nasihat berikut:-
    • Apakah jenis cuti yang patut dipohon untuk menjaga ibunya? jelaskan tempoh cuti yang boleh diambil oleh beliau.
    • Terangkan prosedur yang perlu diikuti olehnya bagi mendapatkan cuti tersebut.
Posted by: nota2u | 14 November 2008

Bab C – TAFSIRAN BAB CUTI

Tafsiran Berkaitan Cuti

  • Cuti – Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan tidak dikira putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Tempoh cuti-cuti ini diambilkira untuk bayaran emolumen.
  • Cuti Rehat – Cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesautu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.
  • Cuti Sakit – Cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan kerajaan atau swasta, dan diberi kerana sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.
  • Perkhidmatan Yang Melayakkan – Perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapatkan cuti.
  • Sanak Saudara – Adik beradik, ibu bapa dan lain-lain saudara-mara yang rapat kepada pegawai
  • Sijil Sakit – Sijil Akuan Sakit (MC) yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan kerajaan atau swasta.

Kemudahan Cuti Dalam Perkhidmatan Awam

  • Cuti terbahagian kepada 6 kategori:-
    • Cuti yang diberi kerana perkhidmatan.
    • Cuti atas sebab perubatan
    • Cuti haji
    • Cuti kerana berkursus
    • Cuti tidak berekod

Penamatan Pegawai Yang Belum Disahkan

  • menyembunyikan maklumat tentang kesihatan dalam borang pemeriksaan kesihatan;
  • membuat akuan palsu dalam akaun berkanun semasa tawaran pelantikan;
  • tidak mematuhi kehendak dalam Surat Aku Janji;
  • memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan pelantikannya; atau
  • gagal dalam tapisan keselamata.

Penamatan Perkhidamtan Pegawai Yang Gagal Disahkan

  • Pegawai boleh ditamatkan perkhidmatan jika gagal disahkan dalam jawatan selepas tamat tempoh percubaan atau pelanjutan.
  • Pegawai yang gagal disahkan dalam jawatan sekarang tetapi pernah disahkan dalam jawatan terdahulu, boleh dibersarakan jika telah dimasukkan dalam jawatan berpencen dalam skim terdahulu atau ditamatkan perkhidmatan jika tiada kekosongan di jawatan terdahulu.
  • Pegawai pertama kali dilantik gagal disahkan hendaklah ditamatkan perkhidmatannya.

Kuasa Menamatkan Perkhidmatan & Notis

  • Kuasa menamatkan perkhidmatan hendaklah tidak rendah dari pihak berkuasa melantik atau lembaga pegawai yang diwakilkan kuasa untuk melantik.
  • Notis bertulis diberi 30 hari sebelum ditamatkan atau sebulan gaji menganti notis.
  • Pegawai berkenaan diberi peluang memberi sebab kenapa perkhidmatannya tidak boleh ditamatkan, dalam tempoh tidak kurang 14 hari dari hari terima notis.
  • Selain pegawai lantikan tetap, mengikut syarat pelantikan dan jika tidak dinyatakan dikira 30hari.

Notis Peletakan Jawatan

  • Pegawai yang hendak meletak jawatan hendaklah beri notis bertulis:-
    • Bukan pegawai tetap – ikut syarat pelantikan, jika tiada 30 hari notis.
    • Dalam percubaan – notis 30 hari atau sebulan gaji; dan
    • Pegawai telah disahkan – notis 90 hari atau sebulan gaji.
  • Notis dihantar kepada ketua perkhidmatan melalui ketua jabatan.
  • Akuan terima oleh ketua perkhidmatan melalui ketua jabatan pegawai.
  • Notis yang telah berkuatkuasa tidak boleh ditarik balik.
  • Kuatkuasa peletakan bermula hari berikutnya tamat notis.
  • Ketua jabatan boleh membenarkan notis dipendekkan atas sebab:-
    • menyandang jawatan di BBN, PBT atau agensi lain yang diluluskan oleh KPPA;
    • masalah kesihatan pasangan, anak atau ibu bapa pegawai;
    • menghadiri kursus atau latihan yang diluluskan pihak berkuasa; atau
    • yang diluluskan oleh KPPA.
  • Peletakan jawatan tidak perlu jika pegawai dilantik ke dalam perkhidmatan awam, hanya perlu mohon pelepasan dengan izin bagi memboleh tempoh perkhidmatan diambilkira untuk faedah persaraan.

sebarang tambahan nota atau komen dialu-alukan. Terima Kasih.

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.