Posted by: nota2u | 14 November 2008

Bab C – CUTI REHAT

Cuti Rehat

  • [Terbaru] Perubahan kadar Cuti Rehat tahunan & tawaran opsyen mengenainya.
  • Cuti bergaji penuh yang boleh diambil bila-bila sahaja tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan kiraan kelayakan cuti bagi tahun tersebut.
  • Jika kelayakan cuti tahunan 30 hari, 6 bulan pertama ia layak mengambil cuti 15 hari sahaja. Jika ia bersara, berhenti atau meninggalkan perkhidmatan, maka kelayakan cuti bagi tahun itu hendaklah dikira semula dan jika telah terlebih cuti, hendaklah dikembalikan semula emolumen bagi tempoh cuti tersebut.
  • Cuti rehat bukan hak seseorang pegawai, ia perlu mendapatkan kelulusan ketua jabatan terlebih dahulu. Pegawai yang meninggalkan tugas tanpa kelulusan cuti terlebih dahulu boleh dianggap tidak hadir bertugas dan tindakan tatatertib boleh diambil.
  • Pegawai yang bercuti rehat boleh dipanggil bertugas semula atas sebab kepentingan perkhidmatan awam.
  • Kelayakan cuti merujuk kepada PP.20/2005 – Kadar Cuti Rehat Tahunan Pegawai Perkhidmatan Awam sebagaimana berikut:-
    • Pengurusan Tertinggi = 30 hari.
    • Gred 31- 54 = 30 hari
    • Gred 21 – 30 = 25 hari (kurang 10 tahun) & 30 hari (lebih 10 tahun)
    • Gred 1 – 20 = 20 hari (kurang 10 tahun) & 25 hari (lebih 10 tahun)
  • Kelayakan cuti anggota Pasukan Polis merujuk kepada PP.21/2005 – Kadar Cuti Rehat Tahunan Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagaimana berikut:-
    • Penolong Penguasa Polis & Keatas = 30 hari
    • Sub Inspektor – Ketua Inspektor = 25 hari (kurang 10 tahun) & 30 hari (lebih 10 tahun)
    • Konstabel – Sarjan Mejar = 20 hari (kurang 10 tahun) & 25 hari (lebih 10 tahun)
  • Boleh dibawa ke tahun hadapan jika tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidamtan, boleh dikumpul dalam tempoh 2 tahun ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga.
  • Boleh dikumpulkan sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) tertakluk kepada:-
    • separuh dari kelayakan cuti pada tahun tersebut dan tidak melebihi 15 hari;
    • jumlah terkumpul tidak lebih 150 hari bagi sepanjang tempoh perkhidmatan (PP.18/2008); [Terbaru]
    • pegawai yang memilih skim KWSP boleh kumpul GCR (PP.5/2004).
    • pegawai lantikan kontrak (contract of service) boleh kumpul GCR (SPP.17/2008) tertakluk:-
      • tempoh kontrak tidak kurang setahun; dan
      • dibuat tambahan kandungan perjanjian kontrak mengenai GCR bagi kontrak bermula 1/1/2009.
  • Pengumpulan luar biasa cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat boleh diluluskan oleh kuasa tertentu bagi tujuan perjalanan ke sebarang laut yang diluluskan tertakluk kepada jumlah cuti yang diperlukan untuk tujuan perjalanan tersebut. Pengumpulan ini bermula pada kelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tidak termasuk cuti yang telah luput.
About these ads

Responses

  1. I would like to ask about calculation of leave.
    Ahmad was N17 and was promoted to N22. His leave in N17 was 25 days. He was promoted on 2/6/2008 to N22. How is the calculation of his leave in 2008? Just add 5 days to his leave or propotionate.
    Thank you


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: