Posted by: nota2u | 1 November 2008

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Bab A) – KEKANANAN, OPSYEN KWSP & TARAF BERPENCEN

Penetapan Kekananan

  • Pegawai dalam gred lantikan adalah mengikut tarikh dilantik secara tetap.
  • Pegawai dalam gred kenaikan pangkat adalah mengikut tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat.
  • Pegawai yang dilantik dan dinaikkan pangkat pada tarikh dan gred yang sama, kekananannya adalah sama.
  • Kekananan yang kembali ke skim asal kerana gagal disahkan adalah ditolak bagi tempoh ia berada dalam skim lama.
  • Kekananan ditolak bagi tempoh Cuti Tanpa Gaji & pelanjutan tempoh percubaan berdenda.

Opsyen KWSP

  • Pegawai yang dilantik secara tetap dalam keadaan berikut layak diberi opsyen untuk memilih Skim KWSP:-
    • Pegawai yang dilantik kali pertama;
    • Pegawai yang dilantik kali kedua dan seterusnya setelah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan sebelumnya. Ini termasuklah mereka yang telah diberi pelepasan dengan izin; dan
    • Pegawai yang belum pernah membuat opsyen mengikut Peruntukan Seksyen 6A(1) Akta 227 atau 239 dalam perkhidmatan sebelumnya.
  • Pegawai berpencen yang telah melepaskan jawatan dengan izin dan memilih Skim KWSP dalam skim perkhidmatan yang baru, maka taraf berpencen mereka akan terbatal. Sebaliknya jika ia tidak membuat pilihan Skim KWSP, maka taraf berpencen mereka akan kekal dan tempoh perkhidmatan yang lama boleh dicantumkan untuk faedah pencen.
  • Opsyen diberi sebelum pegawai diperakukan pengesahan dalam jawatan.
  • Panduan merujuk kepada PP.15/2001 – Tawaran Opsyen Skim KWSP

Pemberian Taraf Berpencen (PTB)

  • Sekali sahaja dalam perkhidmatan.
  • Pegawai yang layak diberi taraf berpencen merujuk kepada syarat berikut:-
    • tidak memilih skim KWSP;
    • telah disahkan dalam jawatan sekarang;
    • genap tempoh 3 tahun berkhidmatan dari tarikh lantik.
  • Pegawai di Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan PTB hendaklah dirujuk ke Bahagian Pacsa Perkhidmatan (Pencen), JPA menggunakan borang JPA.BP.SPPP.B06.
  • Caruman KWSP terhenti mulai tarikh PTB.

Responses

  1. Jika seorang penjawat awam memilih kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), contoh dari gred N17 Ke Gred N22 (KUP) adakah perkiraan pencen akan mengambilkira gaji N22 (KUP) atau gred N17 (hakiki).

    • Pengirian pencen adalah merujuk kpd gaji terakhir sebelum bersara. Penyandang secara hakiki atau KUP tidak memberi kesan kepada pengiraan pencen.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: