Posted by: nota2u | 28 October 2008

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Bab A) – TEMPOH PERCUBAAN, PENGESAHAN & PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

Tempoh Percubaan

  • Tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun.
  • Suruhanjaya boleh dalam keadaan khas mengecualikan atau memendekkan tempoh percubaan.
  • Tempoh percubaan boleh dilanjutkan jika pegawai gagal memenuhi syarat pengesahan jawatan.

Syarat Pengesahan

  • Syarat pengesahan sesuatu skim perkhidmatan tertakluk kepada :-
    • melepasi tempoh percubaan 1 tahun dari tarikh lantik;
    • hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum & Khusus;
    • lulus peperiksaan yang ditetapkan (rujuk JPA);
    • lulus peperiksaan subjek jabatan yang ditetapkan (jika ada); dan
    • diperakukan oleh ketua jabatan atau perkhidmatan.
  • Tanggungjawab pegawai memaklumkan kepada ketua jabatan mengenai apa-apa syarat pengesahan yang telah dipatuhi atau belum untuk tindakan selanjutnya.
  • Tanggungjawab ketua jabatan mengemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh 1 bulan pegawai telah memenuhi syarat dan layak disahkan.
  • Jika ketua jabatan gagal mengemukakan perakuan dalam tempoh yang sepatutnya, pegawai boleh hantar permohonan terus ke Suruhanjaya dan salinan kepada Ketua Jabatan. Suruhanjaya boleh siasat dan sahkan jawatan pegawai jika didapati pegawai layak.

Keadah Penetapan Tarikh Pengesahan Jawatan

  • Dijelaskan oleh SPA melalui Surat Pekeliling SPA Bil. Tahun 2004.
  • Pegawai yang telah memenuhi syarat pengesahan ditetapkan, tarikh pengesahan jawatannya merujuk kepada kaedah-keadah berikut:-
    • Pada tarikh genap satu tahun perkhidmatan.
    • Pada tarikh sehari selepas hadir dengan jayanya kursus induksi atau pada tarikh menduduki peperiksaan yang dilulusinya, mengikut mana yang berkenaan.
    • Pada tarikh hari pertama lulus peperiksaan atau pada tarikh sehari selepas hadir dengan jayanya kursus induksi atau pada tarikh mendapat perakuan ketua jabatan.
    • Pada mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
  • Sila rujuk surat pekeliling untuk keterangan lanjut.

Pelanjutan Tempoh Percubaan

  • Tempoh percubaan boleh dilanjutkan dengan denda atau tidak.
  • Pegawai yang gagal disahkan hendaklah mohon pelanjutan tempoh percubaan kepada Suruhanjaya melalui ketua jabatan dalam tempoh 3 bulan selepas tamat tempoh percubaan.
  • Ketua jabatan hendaklah dengan segera mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh percubaan dengan menyatakan butir-butir berikut:-
    • sebab pegawai gagal disahkan;
    • syor sama ada pelanjutan patut diberi sama ada dengan dengan atau tidak;
    • maklumat perkhidmatan yang kemaskini; dan
    • maklumat peperiksaan yang telah diduduki dan keputusannya.
  • Suruhanjaya boleh meluluskan setelah meneliti syor ketua jabatan dan yakin bahawa pegawai telah berusaha mematuhi syarat ditetapkan sama ada berdenda atau tidak dan maklumkan kepada pegawai dalam tempoh 1 bulan selepas keputusan dibuat.
  • Perkhidmatan pegawai ditamatkan jika gagal disahkan.
  • Tempoh percubaan dilanjutkan tidak melebihi 2 tahun atau lebih dalam keadaan khas. Dalam keadaan Khas Suruhanjaya boleh pertimbangkan melebihi 2 tahun.
  • Kesan pelanjutan tempoh percubaan:-
    • hilang kekananan bagi tempoh pelanjutan;
    • tiada pergerakan gaji tahunan; dan
    • tarikh pergerakan gaji berubah mengikut tarikh pengesahan berkuatkuasa.
  • Suruhanjaya dengan segera memberitahu pengesahan melalui ketua jabatan.
  • Penjelasan oleh Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bil. 1/2000 – Garis Panduan Dalam Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan.
  • Tarikh kuatkuasa pengesahan selepas pelanjutan adalah pada tarikh:-
    • hari pertama peperiksaan yang dilulusinya;
    • sehari selepas hadir dengan jayanya kursus induksi; atau
    • mendapat perakuan Ketua Jabatan.
    • Suruhanjaya dengan segera memberitahu pengesahan melalui ketua jabatan.
  • Kadar tempoh pelanjutan berdenda adalah:-
    • tidak lulus peperiksaan perkhidmatan atau kursus induksi – 3 tahun berdenda.
    • tidak dapat sokongan ketua jabatan – 1 tahun berdenda.
    • tidak menghadiri kursus atau peperiksaan kerana jabatan tidak buat – 1 tahun tanpa denda diikuti 2 tahun berdenda.
    • dalam tindakan tatatertib – budibicara Suruhanjaya.

bersambung…


Responses

  1. Kadar tempoh pelanjutan berdenda adalah

    taklebih 2 tahun tapi bolih dipertimbangkan > 2thn kes terpencil.

  2. Perlanjutan berdenda melebihi 2 tahun hanya dalam keadaan khas sahaja dengan pertimbangan Suruhanjaya. Tidak dapat dijelaskan macamana yang dikatakan keadaan khas, ada sesiapa yang boleh bantu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: