Posted by: nota2u | 28 October 2008

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Bab A) – TARIKH LANTIK, GAJI MULA & PERGERAKAN GAJI

Tarikh Pelantikan

  • Pada tarikh pegawai melaporkan diri untuk bertugas atau suatu tarikh ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Melantik.
  • Waktu melapor diri adalah pada waktu berkerja biasa.

Tarikh Pelantikan Tetap Bagi Pegawai Sementara

  • Pegawai sementara yang dilantik secara tetap dalam skim perkhidmatan yang sama, tarikh lantikan pertama ditetapkan pada tarikh Suruhanjaya bermesyuarat dan meluluskan pelantikan itu.

Penetapan Gaji Permulaan

  • Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Melantik hendaklah menetapkan gaji permulaan merujuk kepada perkara-perkara berikut :-
    • 1 pergerakan gaji biasa bagi genap 1 tahun pengalaman yang releven dengan jawatan yang akan disandang.
    • Pengalaman bagi penyandang P&P adalah selepas pegawai memperolehi kelayakan profesional atau akademik yang telah ditentukan dalam skim perkhidmatan.
    • Pengalaman semasa lantikan kontrak dalam skim yang sama boleh dikira sebagai pengalaman yang releven.
    • Pegawai lantikan kontrak ditetapkan pada Peringkat P1 kecuali telah menjawat jawatan kontrak lain sebelumnya adalah dikira matagaji berhampiran di Peringkat P1. Jika dilantik semula (sambung kontrak) dikira gaji akhir diterima dalam kontrak sebelumnya.
    • Pesara dilantik semula secara kontrak ditetapkan pada matagaji tertinggi berhampiran dengan gaji akhir sebelum bersara.
    • Pegawai belum disahkan dalam jawatan sebelumnya boleh diambilkira pengalaman yang releven.
    • Pegawai telah disahkan dan dilantik ke jawatan lain ditetapkan pada suatu mata gaji yang lebih tinggi berhampiran.
    • Lantikan KPSL ditetapkan gaji berhampiran di P1 seterusnya P2 atau P3 jika tidak menampung. Gaji berhampiran dikira perbezaan di antara gaji akhir di jawatan sebelumnya dengan gaji permulaan di jawatan KPSL hendaklah tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred jawatan sebelumnya. Sila rujuk PP.1/2003 – Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) Di Bawah SSM.
    • Bekas Tentera atau Polis yang dilantik semula secara tetap selepas bersara adalah diberi hadiah pergerakan gaji merujuk kepada pengalaman sebagaimana berikut:-
    • Kelayakan khas atau bakat boleh diambilkira.

Pergerakan Gaji Tahunan

  • Tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai tetap, sementara & kontrak ditetapkan sebagaimana berikut:-
    • dilantik dalam bulan 1, 2 & 3 – 1 Januari tahun berikutnya;
    • dilantik dalam bulan 4,5 & 6 – 1 April tahun berikutnya;
    • dilantik dalam bulan 7,8 & 9 – 1 Julai tahun berikutnya; atau
    • dilantik dalam bulan 10, 11 & 12 – 1 Oktober tahun berikutnya.
  • Pegawai lantikan kontrak dibayar gaji secara pukal (lump sum) tiada pergerakan gaji tahunan.
  • Perkara-perkara yang menyebabkan perubahan tarikh pergerakan gaji ialah:-
    • pelanjutan tempoh percubaan berdenda;
    • hukuman tatatertib tangguh pergerakan gaji;
    • hukuman tatatertib turun gaji;
    • opsyen pertukaran pelantikan (merujuk kepada syarat opsyen);
    • kenaikan pangkat dalam skim yang sama.
  • 2 jenis pergerakan gaji tahunan iaitu statik atau mendatar.
  • Pergerakan anjakan hanya diberi kepada mereka yang telah memperolehi PTK aras 4 dan diperakui oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Sebarang maklumbalas atau perbincangan dialu-alukan.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: