Posted by: nota2u | 23 October 2008

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Bab A) – PENGAMBILAN

Tatacara Pengambilan

  • Kekosongan jawatan diiklankan sekurangnya 1 akhbar harian berbahasa melayu. Suruhanjaya boleh membenarkan kaedah lain seperti internet dsb.
  • Iklan mestilah mengandungi nama jawatan, taraf, maklumat gaji, syarat kelayakan akademik, taraf warganegara pemohon, tarikh tutup iklan dan alamat agensi yang keluarkan iklan.

Maklumat Perjawatan

  • Ketua jabatan perlu maklumkan kepada Suruhanjaya maklumat kekosongan jawatan perlu diisi, jumlah calon simpanan, syarat tambahan dan prihal tugas jawatan tersebut.
  • Syarat tambahan perlu dapat kelulusan KPPA.
  • Kelulusan setaraf perlu rujuk KPPA untuk penentuan.

Permohonan Pegawai Sedang Berkhidmat

  • Mesti melalui ketua jabatan dengan disertakan maklumat perkhidmatan dan ulasan Ketua Jabatan.

Tawaran Pelantikan

  • Suruhanjaya membuat tawaran kepada calon yang berjaya melalui Ketua Jabatan dan maklumkan juga kepada calon yang gagal.
  • Ketua Jabatan boleh membuat tawaran bagi pihak Suruhanjaya, satu salinan tawaran hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya.

Pemeriksaan Kesihatan & Akaun Berkaun

  • Calon hendaklah mematuhi syarat2 berikut :-
    • Diperakui sihat oleh doktor berdaftar.
    • Membuat akuan bersumpah mengenai :-
      • tiada rekod jenayah;
      • tidak pernah dibuang kerja;
      • bukan penagih dadah;
      • tidak memiliki warganegara asing; dan
      • bukan seorang bankrap.
    • Menandatangani Surat Aku Janji.
  • Tawaran akan terbatal apabila syarat tidak dipenuhi, gagal dalam pemeriksaan kesihatan atau menipu maklumat. Pegawai yang telah bekhidmat akan dibayar gaji bagi tempoh itu sahaja.
  • Ketua Jabatan bertanggungjawab menghantar surat setuju terima berserta perakuan doktor, akuan bersumpah & surat aku janji ke Suruhanjaya berserta maklumat tarikh melapor diri.

rujukan : P.U.(A)176 & Pekeliling Perkhidmatan JPA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: