Posted by: nota2u | 22 October 2008

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Bab A) – PELANTIKAN

Pemakaian Tatacara

  • Berkuatkuasa 1 Mei 2005.
  • Peraturan ini terpakai bagi semua pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan dalam perkhidmatan awam. Tatacara pelantikan dalam perkhidmatan awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya bagi pelantikan tetap dan sementara, melainkan pelantikan tertentu yang dikecualikan oleh Suruhanjaya.

Pelantikan Mengikut Skim Perkhidmatan

  • Pelantikan hendaklah mengikut syarat dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa. Skim perkhidmatan terkini boleh diperolehi dari laman web www.jpa.gov.my atau ezskim JPA.
  • Pindaan atau tambahan syarat, ketua jabatan perlu dapatkan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Pelantikan Untuk Warganegara Sahaja

Pelantikan Semula Pegawai Tetap Yang Telah Meletakkan Jawatan

  • Tidak boleh dilantik semula kecuali mendapat kebenaran khas Suruhanjaya setelah menimbangkan laporan ketua jabatan terakhir mengenai sebab peletakan jawatannya.

Pelantikan Semula Setelah Bersara Atas Sebab Kesihatan

  • Tidak boleh dilantik semula kecuali mendapat kebenaran khas Suruhanjaya setelah disahkan sihat dan berupaya melaksanakan tugas dengan memuaskan oleh panel perubatan atas permintaan Suruhanjaya.
  • Panel Perubahan tidak kurang daripada 2 orang doktor berdaftar dan salah seorang adalah pakar sakit yang pernah dihidapi yang menyebabkan ia dibersarakan dahulu.
  • Peraturan ini telah dijelaskan melalui PP.7/2008 Pelantikan Semula Pegawai Yang Telah Dibersarakan Atas Sebab Kesihatan, berkuatkuasa 12 Jun 2008.
  • Prinsip pelantikan sebagaimana berikut :-
    • pesara disahkan sihat dan berkeupayaan melaksanakan tugas sepenuhnya dengan memuaskan oleh suatu panel perubatan yang ditubuhkan atas permintaan PBM;
    • pelantikan boleh dibuat sama ada secara tetap, sementara atau kontrak;
    • pelantikan hendaklah memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan jawatan berkenaan;
    • pelantikan hanya boleh dibuat atas gred lantikan mengikut skim perkhidmatan yang berkenaan. Pelantikan tidak boleh dibuat atas gred kenaikan pangkat kecuali bagi skim perkhidmatan yang memperuntukkan pelantikan secara lateral ; dan
    • pencen pesara yang dilantik semula secara tetap akan digantung di bawah undang-undang pencen sepanjang tempoh pelantikan semulanya.

Pelantikan Semula Setelah Ditamatkan Perkhidmatan Atau Dibuang Kerja

  • Tidak boleh dilantik semula kecuali kebenaran khas Suruhanjaya.

Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu

  • Boleh kembali ke jawatan dahulu jika gagal disahkan dalam jawatan dengan kebenaran khas Suruhanjaya merujuk kepada syarat-syarat berikut :-
    1. telah disahkan dalam jawatan dahulu;
    2. dalam tempoh 3 tahun dalam jawatan yang gagal disahkan;
    3. ada kekosongan jawatan dalam skim terdahulu;
    4. kegagalan disahkan bukan kerana kelakuan yang tidak memuaskan; dan
    5. persetujuan Ketua Jabatan yang berkenaan diperolehi.
  • Gaji ditetapkan sama pada mata gaji sehari sebelum tarikh ia dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu (skim yang gagal disahkan).

Peminjaman Pegawai

  • Pegawai boleh dipinjamkan ke mana2 perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau mana2 organisasi dalam atau luar negara dengan persetujuan diri sendiri dan ketua jabatannya serta dengan kelulusan Suruhanjaya.
  • Peminjaman atau pertukaran sementara adalah salah satu daripada beberapa kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi awam bagi mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran tinggi, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan. Ia juga merupakan langkah jangka pendek untuk membantu sesebuah agensi, terutama agensi yang baru ditubuhkan bagi memantapkan operasi masing-masing.
  • Pertukaran tetap ialah kaedah pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat secara peminjaman atau pertukaran sementara secara tetap ke jawatan yang disandang di agensi peminjam.
  • Dasar Baru :-
    • kuasa menimbang pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap bagi gred-gred tertentu yang terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA);
    • kadar pemberian insentif kepada pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara;
    • peraturan bagi pegawai pinjaman/ tukar sementara yang dinaikkan pangkat di gred jawatan hakiki semasa dalam tempoh peminjaman/pertukaran sementara; pertukaran tetap ke jawatan lain tetapi dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama dengan jawatan pinjaman/ tukar sementara serta pertukaran tetap ke jawatan terbuka; dan
    • syarat peminjaman pegawai awam ke agensi swasta.
  • Merujuk kepada PP.12/2008 – Dasar Dan Prosedur-Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap dan dibaca dahulu PP.1/2007 – Pelantikan Secara Peminjaman, Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap.

Pertukaran Sementara

rujukan : P.U.(A)176 & Pekeliling Perkhidmatan JPA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: