Posted by: nota2u | 5 December 2008

Bab C – CUTI SAKIT

Cuti Sakit

  • Cuti Sakit diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu apabila disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan berdaftar, Lembaga Perubatan atau Panel Doktor kerana tidak sihat untuk menjalankan tugas jawatannya.
  • Disokong dengan Sijil Sakit.
  • Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan atau perkhidmatan.
  • Tempoh pegawai perlukan cuti kerana sakit:-
    • 90 hari setahun termasuk 15 hari cuti sakit swasta dengan kelulusan Ketua Jabatan;
    • Jika 90 hari pertama masih tidak sihat, 90 hari berikut boleh diluluskan oleh Ketua Tertentu;
    • Jika masih tidak sihat selepas 180 hari cuti sakit, gunakan Cuti Rehat yang ada;
    • Jika masih tidak sihat, pegawai dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk Cuti Sakit Lanjutan.
    • Sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan, diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari yang diperakui oleh Lembaga Perubatan atau Cuti Tanpa Gaji jika tidak kemukakan Sijil Sakit.
    • Elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu boleh diberi kepada pegawai Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari.
    • Jika masih tidak sihat, Lembaga Perubatan boleh syorkan sambungan masa berehat atau perakuan pegawai disarakan.
  • Pegawai mengambil Cuti Sakit 45 hari atau lebih bagi tiga tahun berturut-turut boleh dirujuk kepada Lembaga Perubatan.
  • Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Rehat:-
    • Dalam negara – akan ditolak tempoh Cuti Rehat untuk diganti selepas ia sihat atau dikembalikan sebagai baki Cuti Rehat.
    • Luar negara – tidak layak mendapat Cuti Sakit kecuali bagi tempoh sakit berlanjutan hingga ia patut balik ke Malaysia.
  • Pegawai yang mendapat Sijil Sakit semasa Cuti Separuh Gaji (CSG) atau Cuti Tanpa Gaji (CTG):-
    • Dalam negara – tidak layak Cuti Sakit.
    • Luar negara – layak Cuti Sakit selepas tamat tempoh CSG atau CTG jika berlanjutan hingga ia patut balik.

Peraturan Sijil Sakit Swasta

Cuti Sakit Lanjutan

  • Lembaga perubatan boleh mencadangkan Cuti Sakit Lanjutan kepada pegawai yang telah menghabis Cuti Sakit bergaji penuh 180 hari.
  • Tidak lebih 180 hari.
  • Terlebih dahulu menggunakan baki Cuti Rehat yang ada.
  • Dibayar separuh gaji bagi tempoh 90 hari dengan kelulusan Kuasa Tertentu atau Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji jika tiada Sijil Sakit
  • Pegawai dirujuk sekali lagi diakhir tempoh Cuti Sakit Lanjutan untuk syor dibersarakan atau sambungan masa berehat.
  • Boleh diulangi tahun berikutnya dan dibersarakan jika masih tidak sihat.
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: