Cuti Separuh Gaji
- Cuti yang diluluskan oleh kuasa tertentu kerana sebab kesihatan sanak saudara yang rapat (anak, adik beradik, ibu bapa dan lain-lain saudara-mara yang rapat kepada pegawai).
- Anggota perkhidmatan pendidikan (guru) boleh mohon atas sebab:-
- lawatan sambil belajar di seberang laut yang diluluskan oleh Ketua Setiasuaha Kementerian;
- kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan Lembaga Perubatan; atau
- sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru.
- Ketua jabatan boleh meluluskan bagi tempoh tidak melebihi 14 hari dalam satu tahun kalender .
- Dibayar separuh daripada bayaran emolumen biasa bagi hari-hari cuti tersebut.
- Kadar kelayakan cuti:-
- 30 hari tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari dalam setahun.
- Cuti Tanpa Gaji kerana menjaga anak selepas cuti bersalin tidak ditolak tempoh genap tahun perkhidmatan merujuk kepada PP.15/2007 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak),
- Layak pergerakan gaji bagi cuti tidak melebihi 180 hari dalam tahun kelender.
- Tidak boleh digunakan atas sebab yang ada kaitan kerana bersalin.
- Dicatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (Am 274) & Kenyataan Cuti.
Contoh Soalan
- Siti Hajar seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) telah dilantik mulai 1.1.2006. Beliau telah dimaklumkan tentang ibunya sakit dikampung dan memerlukan ia untuk menjaga ibunya. Cuti rehat beliau telah habis dan ia berjumpa anda untuk mendapatkan nasihat berikut:-
- Apakah jenis cuti yang patut dipohon untuk menjaga ibunya? jelaskan tempoh cuti yang boleh diambil oleh beliau.
- Terangkan prosedur yang perlu diikuti olehnya bagi mendapatkan cuti tersebut.
Salam tuan.Adakah cuti separuh gaji akan menjejaskan pencen pegawai yang mengambil CSG?
Maksud saya adakah CSG diambil kira semasa pengiraan ganjaran pencen pegawai?
By: abd razak on 8 July 2010
at 6:39 am
Salam En. Abd. Razak,
Tempoh CSG diambilkira untuk kiraan ganjaran dan faedah pencen tetapi ia tidak boleh diambilkira bagi tempoh kiraan kelayakan cuti rehat tahunan, cuti khas atau cuti-cuti yang diberi atas tempoh perkhidmatan yang melayakkan.
By: nota2u on 12 August 2010
at 2:18 pm