Posted by: nota2u | 6 November 2008

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Bab A) – PENAMATAN DAN PELETAKAN JAWATAN

Penamatan Pegawai Yang Belum Disahkan

  • menyembunyikan maklumat tentang kesihatan dalam borang pemeriksaan kesihatan;
  • membuat akuan palsu dalam akaun berkanun semasa tawaran pelantikan;
  • tidak mematuhi kehendak dalam Surat Aku Janji;
  • memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan pelantikannya; atau
  • gagal dalam tapisan keselamata.

Penamatan Perkhidamtan Pegawai Yang Gagal Disahkan

  • Pegawai boleh ditamatkan perkhidmatan jika gagal disahkan dalam jawatan selepas tamat tempoh percubaan atau pelanjutan.
  • Pegawai yang gagal disahkan dalam jawatan sekarang tetapi pernah disahkan dalam jawatan terdahulu, boleh dibersarakan jika telah dimasukkan dalam jawatan berpencen dalam skim terdahulu atau ditamatkan perkhidmatan jika tiada kekosongan di jawatan terdahulu.
  • Pegawai pertama kali dilantik gagal disahkan hendaklah ditamatkan perkhidmatannya.

Kuasa Menamatkan Perkhidmatan & Notis

  • Kuasa menamatkan perkhidmatan hendaklah tidak rendah dari pihak berkuasa melantik atau lembaga pegawai yang diwakilkan kuasa untuk melantik.
  • Notis bertulis diberi 30 hari sebelum ditamatkan atau sebulan gaji menganti notis.
  • Pegawai berkenaan diberi peluang memberi sebab kenapa perkhidmatannya tidak boleh ditamatkan, dalam tempoh tidak kurang 14 hari dari hari terima notis.
  • Selain pegawai lantikan tetap, mengikut syarat pelantikan dan jika tidak dinyatakan dikira 30hari.

Notis Peletakan Jawatan

  • Pegawai yang hendak meletak jawatan hendaklah beri notis bertulis:-
    • Bukan pegawai tetap – ikut syarat pelantikan, jika tiada 30 hari notis.
    • Dalam percubaan – notis 30 hari atau sebulan gaji; dan
    • Pegawai telah disahkan – notis 90 hari atau sebulan gaji.
  • Notis dihantar kepada ketua perkhidmatan melalui ketua jabatan.
  • Akuan terima oleh ketua perkhidmatan melalui ketua jabatan pegawai.
  • Notis yang telah berkuatkuasa tidak boleh ditarik balik.
  • Kuatkuasa peletakan bermula hari berikutnya tamat notis.
  • Ketua jabatan boleh membenarkan notis dipendekkan atas sebab:-
    • menyandang jawatan di BBN, PBT atau agensi lain yang diluluskan oleh KPPA;
    • masalah kesihatan pasangan, anak atau ibu bapa pegawai;
    • menghadiri kursus atau latihan yang diluluskan pihak berkuasa; atau
    • yang diluluskan oleh KPPA.
  • Peletakan jawatan tidak perlu jika pegawai dilantik ke dalam perkhidmatan awam, hanya perlu mohon pelepasan dengan izin bagi memboleh tempoh perkhidmatan diambilkira untuk faedah persaraan.

sebarang tambahan nota atau komen dialu-alukan. Terima Kasih.

About these ads

Responses

  1. Bagaimana dengan notis perletakkan jawatan bagi pegawai yang dalam tempoh bercuti separuh gaji? Adalah pegawai boleh mengemukakan notis perletakkan jawatan dalam tempoh bercuti separuh gaji kerana menjaga pasangan yang sakit

    • Pegawai yang bercuti separuh gaji boleh mengemukakan notis peletakan jawatan. Tempoh notis merujuk kepada status perkhidmatan sama ada telah disahkan jawatan atau belum.

  2. Saya telah berkhidmat selama 10tahun dan telah disahkan dalam jawatan. Sekiranya saya memberi notis perletakan jawatan selama 1 bulan adakah saya akan dikenakan pemulangan sebulan gaji sebagaimana yang dinyatakan oleh kawan2 saya.

    • Bayaran sebulan gaji dikenakan bagi notis peletakan jawatan yang diberi kurang daripada 90 hari dari tarikh meletak jawatan jika telah disahkan dalam jawatan. Kuatkuasa peletakan bermula pada hari berikutnya tamat notis

  3. Perlukah seorang pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji tidak layak untuk menghantar notis perletakan jawatan? Beliau diminta untuk menghabiskan tempoh cuti tanpa gaji dan melaporkan diri bagi melayakkan beliau memberi notis. Bukankah beliau masih lagi kakitangan kerajaan, dan dimanakah hak beliau sebagai individu?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: