Posted by: nota2u | 6 November 2008

Bab B – ELAUN BERTUGAS DALAM NEGERI

Bab B merujuk kepada Pekeliing Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan pindaannya.

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA ATAU POLIS)

Bertugas Rasmi Di Dalam Negara

  • Elaun Makan
    • Seseorang yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya (25km jalanraya) bagi tempoh 24 jam atau lebih. Dikira dari waktu bertolak hingga sampai ke rumah. Kadarnya merujuk Pekeliling Perbendaharaan.
    • Tidak boleh dibayar bagi kerja luar melebihi tempoh 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
    • Tidak layak jika kemudahan makan disediakan oleh penganjur. Boleh tuntut bahagian yang tidak disediakan dari kadar elaun makan:-
      • 20% jika tiada sarapan pagi;
      • 40% jika tiada makan tengah hari; atau
      • 40% jika tiada makan malam;
    • Tidak layak jika penganjur memberi wang makan. Jika tidak cukup ikut kadar, boleh tuntut bakinya.

 

  • Elaun Harian
    • Menjalankan tugas rasmi diluar ibu pejabatnya melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam.
    • Kadarnya separuh dari kelayakan elaun makan.

 

  • Sewa Hotel
    • Tidak layak jika penginapan disediakan penganjur atau organisasi.
    • Jika perlu menginap boleh menyewa bilik hotel.
    • Tuntutan disokong dengan resit.
    • Sewa mengikut kadar ditetapkan merujuk Pekeliling Perbendaharaan.
    • Tidak boleh melebihi 3 bulan terus menerus termasuk cuti kelepasan am dan mingguan.
    • Bayaran atau cukai perkhidmatan boleh dituntut tidak dicampur maksimum kelayakannya.

 

  • Elaun Gantian Tetap
    • Menjalankan tugas rasmi melebihi 3 bulan tetapi kurang 6 bulan (termasuk cuti am dan mingguan)
    • Bermalam = 2/3(elaun makan + lojing) x jumlah hari bertugas.
    • Tidak bermalam = 2/3(elaun harian) x jumlah hari bertugas.
    • Dikira mulai hari ketibaannya. Jika kembali ke Ibu Pejabat tidak lebih tujuh hari boleh dikira sebagai menyambung tugas.
    • Layak tuntut elaun makan, harian atau lojing, jika tidak disediakan oleh kerajaan atau penganjur.

 

  • Elaun Bantuan Gaji Drebar (Pemandu)
    • Pegawai Pengurusan Tertinggi dan P&P yang mengaji pemandu adalah layak menuntut mengikut syarat berikut:-
      • Khas ‘B’ & Utama/Khas ‘C’ – RM300.00 sebulan.
      • 53 & 54 – RM250.00 sebulan
      • 45 hingga 52 – 20 sen/km tidak lebih RM200.00 sebulan.
      • 41 hingga 44 – 15 sen/km tidak lebih RM160.00 sebulan.
    • Tuntutan dibuat sekali untuk sebulan dan disokong pengesahan pegawai mengenai mengajikan dreber (pemandu).

 

  • Elaun Hidup Dreber (Pemandu)
    • Pegawai yang mengajikan seorang dreber layak menuntut Elaun Hidup Dreber.
    • Dreber sama-sama bermalam.
    • Menjalankan tugas rasmi diluar ibu pejabat.
    • Kadar bayaran :-
      • Semenanjung – RM30.00 semalam.
      • Sabah & Sarawak – RM40.00 semalam.
      • Singapura & Brunei – RM45.00 semalam.

 

  • Elaun Perjalanan Kenderaan
    • Menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas rasmi di dalam atau diluar ibu pejabat.
    • Kadar mengikut jarak dalam sebulan :-
      • Jarak (sen/km)
      • 500km A(70¢) B(60¢) C(50¢) D(45¢) E(40¢)
      • 501 – 1000km A(65¢) B(55¢) C(45¢) D(40¢) E(35¢)
      • 1001 – 1700km A(55¢) B(50¢) C(40¢) D(35¢) E(30¢)
      • 1700 seterusnya A(50¢) B(45¢) C(35¢) D(30¢) E(25¢)
    • Kadar merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/2006 – Pindaan Mengenai Elaun Perjalanan Kenderaan
    • Tidak layak menuntut walaupun menggunakan kenderaan sendiri, jika kemudahan pengangkutan disedaikan oleh jabatan atau penganjur.
    • Tidak layak menuntut bagi tempat bertugas yang ada kemudahan kapal terbang atau kereta api kecuali:-
      • jarak antara kedua-dua tempat kurang 240km;
      • diarah tugas dibeberapa tempat sepanjang perjalanan;
      • didapati mustahak menggunakan kenderaan sendiri; dan
      • membawa penumpang lain yang menjalankan tugas rasmi.
    • Kelulusan/kebenaran ketua jabatan untuk menggunakan kenderaaan sendiri perlu diperolehi terlebih dahulu dan dikemukakan semasa tuntutan.
    • Elaun Motosikal diwujudkan baru merujuk kepada surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bil(3)K/BP/DS10/791/441/6(s.k. 1/2009) bertarikh 19/5/2009 dengan syarat berikut (berkuatkuasa 1 Mei 2009) :-
      a)  pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas rasmi 12 hari atau lebih dalam sebulan boleh menuntut Elaun Motosikal sebanyak RM120 sebulan atau menggunakan kadar Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut mana yang lebih tinggi; dan
      b)  pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas rasmi kurang daripada 12 hari hendaklah membuat tuntutan mengikut kadar Elaun Perjalanan Perjalanan Kenderaan yang sedang berkuatkuasa. 
       

 

  •  Tambang Gantian
    • Seorang pegawai yang menjalankan tugas bagi jarak melebihi 240km dan terdapat kemudahan pengangkutan kapal terbang atau keretapi adalah perlu menggunakan perkhidmatan tersebut. Jika tidak, beliau boleh menggunakan kenderaan sendiri dengan kebenaran ketua jabatan dan layak menuntut Tambang Gantian.
    • Layak menuntut tambang gantian jika:-
      • menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas rasmi disatu tempat sahaja; dan
      • jarakan melebihi 240km daripada ibu pejabat; dan
      • terdapat perkhidmatan terus kapal terbang atau kereta api.
    • Kadar mengikut tambang pengangkutan yang sesuai dengan kelayakan pegawai sama ada kapal terbang atau kereta api.
    • Tidak layak menuntut apa-apa tambang yang berkaitan jika menggunakan pengangkutan kapal terbang atau kereta api seperti tambang dari air port ke tempat bertugas atau sebaliknya.
    • Dinyatakan dalam tuntutan bahawa telah menggunakan kenderaan sendiri.

 

  • Elaun Perjalanan Motobot/Motorsangkut
    • Menjalankan tugas rasmi di dalam atau di luar ibu pejabatnya menggunakan motobot / motorsangkut.
    • Kadar seperti berikut:-
      • 10 kuasa kuda (kk) kebawah – 50 sen/km
      • lebih dari 10kk hingga 25kk – 75 sen/km
      • lebih 26kk – 95 sen/km
    • Tidak layak jika kemudahan motobot atau motorsangkut disediakan penganjur atau kerajaan.

 

  • Elaun Basikal
    • Dikehendaki oleh ketua jabatan menggunakan basikal sendiri bagi menjalankan tugas rasmi.
    • Kadar baru Elaun Basikal merujuk kepada surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bil(3)K/BP/DS10/791/441/6(s.k. 1/2009) bertarikh 19/5/2009.
    • Kadar seperti berikut :-
      • guna lebih 10 hari/bulan - RM90.00 sebulan atau 20sen/km mengikut mana lebih tinggi; atau
      • guna basikal 10 hari atau kurang – 20 sen/km.
    • Tidak boleh tuntut, jika basikal disediakan oleh kerajaan atau penganjur.

 

  • Tambang Pengangkutan Awam
    • Syarat layak menuntut tambang pengangkutan awam:-
      • menjalankan tugas rasmi di dalam atau di luar ibu pejabatnya; dan
      • menggunakan kenderaan sendiri;
    • Kategori pengangkutan ialah Teksi, Kereta Sewa, Bas, Motobot (tidak termasuk kapal terbang)
    • Kereta api dan kapal laut merujuk kepada kelayakan berikut:-
      • Gred 27 ke atas – Kelas 1 (satu)
      • Gred 26 ke bawah – kelas 2 (dua).

 

  • Belanja Pelbagai
    • Menjalankan tugas rasmi di dalam atau di luar ibu pejabat.
    • Boleh menuntut perbelanjaan yang berkaitan tugas rasminya iaitu:-
      • telefon, telegram, pos atau fax;
      • belanja dobi bagi penginapan lebih 2 malam (tidak kurang 3 malam);
      • cukai Lapangan Terbang;
      • excess Baggage untuk barang rasmi; dan
      • bayaran letak kereta, tol atau tambang feri.
    • Tuntutan hendaklah disokong dengan resit pembayaran kecuali bayaran telefon, telegram, pos atau fax perlu perakuan pegawai menuntut dan disahkan oleh ketua jabatan.

Semoga Berjaya, Jangan Meniru


Responses

  1. thanks dengan nota ini ia banyak membantu tugasan saya dalam menghadapi exam.

  2. tq artikal anda cukup bagus utk rujukan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: